Polis Perlu Siasat Guan Eng – Khairy

KUALA LUMPUR 15 Julai – Pihak polis perlu mengambil tindakan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng susulan pengesahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa tiada kehilangan wang sebanyak RM19.4 bilion hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Penegasan itu disuarakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang turut mengatakan perkara tersebut penting apatah lagi tuduhan Guan Eng mengaitkan kerajaan terdahulu dengan […]

» Read more

Wang GST: Pembangkang Akan Mula Usul Bawa Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO akan memulakan usul untuk merujuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan Dewan Rakyat berkaitan isu wang GST. Jelas beliau, tindakan itu adalah susulan daripada laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) yang mendapati bayaran balik wang GST yang didakwa […]

» Read more

Tipu Dewan Rakyat: Kerajaan PH Amal ‘Rule of Law’ Atau ‘Rule of Guan Eng’?

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) layak digelar sebagai sebuah kerajaan ‘kangaroo’ atau kerajaan yang gagal, bidas Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Tegasnya dalam hantaran di Facebook, begitu juga PH jelas tidak patuh kepada prinsip ‘Rule of Law’ jika Parlimen tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang jelas […]

» Read more

Berlainan Pandangan Bukan Satu Kesalahan Disiplin – Annuar

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Setiausaha Agung UMNO Malaysia memaklumkan bahawa memberi pandangan bukan merupakan satu kesalahan disiplin dalam parti. Jelas beliau, isu berlainan pandangan antara pemimpin UMNO seharusnya tidak diperbesarkan. Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang tidak bersetuju dengan pelantikan Ahli Parlimen Pekan, Datuk […]

» Read more

Memorandum Bantah Had Umur 18 Tahun Mengundi, Bimbang Disalahguna Kerajaan

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menerima memorandum daripada NGO Pertubuhan Sahabat Erat Dan Amanat Rakyat Malaysia (Sedar Malaysia) berkaitan bantahan usul had umur mrngundi 18 tahun. Menurut Presiden NGO tersebut, Nazrin Noraini, bantahan tersebut adalah atas rasa kebimbangan terhadap pihak kerajaan yang mungkin akan menyalahgunakan golongan belia demi kepentingan politik. “Kempen propaganda […]

» Read more

Kutipan GST RM19.4 Bilion Tidak Hilang – Noraini

KUALA LUMPUR 15 Julai – Tiada kehilangan wang RM19.4 bilion dalam kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Begitulah rumusan yang dibuat dan disahkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas memulakan prosiding mengenai perkara itu pada 12 September tahun lalu dengan memanggil 10 orang saksi. Pengerusinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran […]

» Read more

Akta Hasutan Kekal Relevan Tapi Pemimpin PH Makin Agresif Nak Mansuh

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Sejak kes seorang pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin agresif untuk memansuhkan Akta Hasutan, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris. Sedangkan tegas beliau, Akta Hasutan kekal relevan sebagai satu set undang-undang untuk mengawal keharmonian dan keamanan […]

» Read more

Fokus UMNO Bela Rakyat, Hadapi Kerajaan PH – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata UMNO mesti fokus pada perjuangan sebenar terutama dalam kehidupan rakyat di selubungi dengan pelbagai isu terutama kenaikan kos sara hidup. Malah tegasnya lagi di ketika yang sama pelbagai kepentingan rakyat dan negara dijual serta tidak diurus dengan sempurna oleh Kerajaan PH. “Pasti rakyat mahu UMNO membelanya”, […]

» Read more

Itu Pendapat Peribadi.. Tiada Tindakan Terhadap Nazri & Khairy – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata bukan satu kesalahan berhubung tindakan Datuk Seri Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin memberi pendapat mereka berhubung pelantikan Pengerusi Jemaah Penasihat Barisan Nasional (BN). Jelasnya memberi pendapat peribadi bukan satu kesalahan. “Tiada tindakan perlu diambil terhadap Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin. “Tambahan pula jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat BN […]

» Read more

Semangat Ahli Makin Meningkat Dan Kuat, Tekanan Tak Lemahkan UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya keyakinan ahli terhadap parti semakin meningkat malah tekanan kepada parti itu tidak akan melemahkan semangat dan perjuangan mereka. Tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Bera, ahli UMNO cukup bersemangat dan persidangan UMNO bahagian serta peringkat cawangan menjadi bukti bagaimana mereka di akar umbi memainkan peranan masing-masing. […]

» Read more
1 … 2,231 2,232 2,233 2,234 2,235 … 2,371