Fokus UMNO Bela Rakyat, Hadapi Kerajaan PH – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata UMNO mesti fokus pada perjuangan sebenar terutama dalam kehidupan rakyat di selubungi dengan pelbagai isu terutama kenaikan kos sara hidup.

Malah tegasnya lagi di ketika yang sama pelbagai kepentingan rakyat dan negara dijual serta tidak diurus dengan sempurna oleh Kerajaan PH.

“Pasti rakyat mahu UMNO membelanya”, katanya dalam hantaran di Facebook beliau di sini.

Oleh itu jelasnya biarpun berbeza pandangan adalah perkara biasa dalam parti namun keutamaan mestilah kepada perjuangan sebenar UMNO.

“Mari bersama fokus membela rakyat dan menghadapi Kerajaan PH”, ujar beliau. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.