Kerajaan Sepenggal, PH Terperangkap Dalam Janji-janji Sendiri – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Memasuki tahun kedua pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), rakyat sudah membicarakan PH sebagai kerajaan sepenggal ekoran kegagalan mereka mengurus negara dengan baik, gagal menunaikan janji-janji manifesto serta ketiadaan polisi baharu bagi menjaga kepentingan rakyat. Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Diskusi Parlimen bersamanya yang disiarkan secara langsung malam tadi […]

» Read more

Kerajaan PH Jelas Tidak Menghormati Kedaulatan Undang-Undang Serta Raja-Raja Melayu

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Jika semalam, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi ada mempersoalkan di manakah pendirian Pakatan Harapan (PH) semasa Raja dihina kerana pemimpin Dap, PKR serta AMANAH begitu bersungguh dalam bersolidariti untuk pendakwah bebas Wan Ji yang berbukti bersalah menghina institusi Raja. Pada hari ini, Wan Ji Wan Hussin berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan penangguhan hukuman penjara […]

» Read more

UMNO/BN Perlukan Sumbangan Tenaga, Buah Fikiran Untuk Bergerak Ke Hadapan – Tok Mat

  KUALA KRAI, 12 Julai – Sesiapa yang ingin menyumbang tenaga dan buah fikiran kepada parti adalah digalakkan apatah lagi dalam keadaan hari ini UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerlukan kerjasama semua pihak untuk terus bergerak ke depan. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sesuatu perkara diimbangi dengan baik dan jika banyak memberikan ke arah itu, kenapa tidak […]

» Read more

4 Ketua Pemuda PH Hina Mahkamah… Peguam Negara Harus Bertindak

KOTA BHARU 12 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan empat ketua pemuda parti komponen Pakatan Harapan (PH) telah menghina mahkamah apabila mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin dan menaikkan hukuman penjara kepada 12 bulan. Pengerusi Kluster Peguam Muda pergerakan tersebut, Nik Saiful Adli Burhan berkata, Peguam Negara, Tommy Thomas seharusnya bertindak […]

» Read more

Akar Umbi Perkukuh Perjuangan UMNO, Fokus Mantapkan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Fokus utama UMNO yang mahukan agenda pengukuhan melalui perpaduan ahli-ahli parti di akar umbi serta kerjasama penyatuan ummah bersama PAS mendapat respon yang sangat positif dari ahlinya. Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Hashim Jahaya menjelaskan kesatuan ahli-ahli akar umbi untuk bangkit amat jelas apatah lagi setelah UMNO menjalinkan kerjasama melalui penyatuan antara UMNO dan […]

» Read more

Syed Saddiq ‘Merengek’ Macam Budak Hingusan, Heret Istana Johor Tutup Kegagalan Sendiri – Razlan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii membidas Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadiq Syed Abdul Rahman yang menutup kegagalannya sebagai menteri dengan sengaja mensensasikan isu had umur belia. Tegas Razlan, tindakan Ahli Parlimen Muar itu yang mensasarkan Istana Johor adalah semata-mata untuk menutup kelemahannya sendiri. “Bukan hanya itu, beliau ‘merengek’ macam budak hingusan […]

» Read more

Had Umur Belia Perlu Dapatkan Pandangan Anak Muda

JOHOR BAHRU 11 Julai – Keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan semula had umur belia di Johor kepada 40 tahun sudah pasti dibuat selepas mendapat desakan dan maklum balas daripada pelbagai pihak terutama anak-anak muda di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, walaupun pada mulanya ada banyak pusingan U dibuat kerajaan negeri, namun beliau […]

» Read more

Najib Ada Karisma Untuk Kembali Martabatkan BN – Annuar

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai karisma yang sangat tinggi dalam memartabatkan kegemilangan Barisan Nasional (BN) kembali. Katanya lagi, pengalaman luas yang dimiliki oleh bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan itu tidak perlu dipertikaikan dengan kewibawaan yang dimiliki oleh beliau. “Bagi saya tiada isu. […]

» Read more

Zahid Dan Pengurusan Parti Kunjungi Ku Li, Bincang Gerak Kerja Parti

KUALA LUMPUR 11 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan pengurusan parti mengunjungi Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tengah hari tadi bagi membincangkan pelbagai perkara untuk memastikan parti terus utuh dan berwibawa. Hadir sama Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung, Tan Sri […]

» Read more

Muhyiddin Perlu Buktikan Ada Campur Tangan Istana Johor – DMJ

JOHOR BAHRU 11 Julai – Dewan Muda Johor (DMJ) menyifatkan tuduhan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ada campur tangan Istana Johor dalam isu pindaan had umur belia di negeri ini adalah amat berat. Justeru, DMJ menerusi kenyataan menggesa supaya tuduhan dilemparkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu dibuktikan dengan fakta dan bukan hanya membuat spekulasi liar […]

» Read more
1 … 2,233 2,234 2,235 2,236 2,237 … 2,371