Berlainan Pandangan Bukan Satu Kesalahan Disiplin – Annuar


KUALA LUMPUR, 15 Julai – Setiausaha Agung UMNO Malaysia memaklumkan bahawa memberi pandangan bukan merupakan satu kesalahan disiplin dalam parti.

Jelas beliau, isu berlainan pandangan antara pemimpin UMNO seharusnya tidak diperbesarkan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang tidak bersetuju dengan pelantikan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

“Pelantikan ini hanya sekadar keputusan pentadbiran dan Datuk Seri Zahid bersama pengerusi parti komponen lain merasakan ada peranan yang boleh dimainkan oleh beliau. Ia sudah dibincangkan. Ada ke Najib jadi Pesiden MIC ke, Presiden MCA ke, UMNO ke….?

“Ahli parti tidak perlu bawa isu ini terlalu jauh. Ini cuma keputusan biasa jadi hormatilah keputusan ini. Memberi pandangan bukan satu perlanggaran disiplin… saya pun tidak tahu siapa bangkit isu pecat dan cabar mencabar ni.

“Barangkali media yang tanya soalan sebegitu tapi dari segi UMNO, itu bukan isu,” jelas beliau lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.