Memorandum Bantah Had Umur 18 Tahun Mengundi, Bimbang Disalahguna Kerajaan

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menerima memorandum daripada NGO Pertubuhan Sahabat Erat Dan Amanat Rakyat Malaysia (Sedar Malaysia) berkaitan bantahan usul had umur mrngundi 18 tahun.

Menurut Presiden NGO tersebut, Nazrin Noraini, bantahan tersebut adalah atas rasa kebimbangan terhadap pihak kerajaan yang mungkin akan menyalahgunakan golongan belia demi kepentingan politik.

“Kempen propaganda memburukkan parti-parti politik yang bertujuan mempengaruhi demografi undi 18 adalah sangat senang untuk dijalankan di sekolah-sekolah oleh pihak kerajaan. Ini adalah sesuatu yang boleh mengancam proses demokrasi.

“Oleh itu kami menggesa agar satu rang undang-undang perlu digubal untuk mengharamkan penyebaran propaganda politik di sekolah-sekolah.

“Kita telah melihat bagaimana ramai pengundi mengakui terpedaya dengan manifesto yang telah ditawarkan oleh PH. Jika mereka yang berumur 21 tahun boleh terpedaya apatah lagi mereka yang lebih muda. Kami tidak mahu senario yang sama berulang di PRU-15 nanti.

“Oleh kerana Malaysia tidak mempunyai sebarang undang-undang untuk memastikan parti-parti politik bertanggungjawab ke atas janji menifesto mereka maka kami khuatir jika ada mana-mana parti politik yang menawarkan manifesto pilihan raya yang tidak munasabah khas sebagai gula-gula kepada demografi undi 18,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Tambah Nazrin, selain rang undang-undang mengenai akauntabiliti parti-parti politik terhadap janji mereka, Sedar Malaysia juga menggesa agar pendidikan berbentuk neutral dan tanpa prejudis mengenai sistem demokrasi dan sistem politik Malaysia wajib diperkenalkan di peringkat sekolah menengah.

Justeru, katanya, Sedar Malaysia berharap agat blok pembangkang dapat menggesa kerajaan untuk menangguhkan pindaan berkaitan had umur ini.

“Kami juga menyeru agar blok pembangkang dapat menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk isu-isu penambahbaikan sistem pilihan raya. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.