Tipu Dewan Rakyat: Kerajaan PH Amal ‘Rule of Law’ Atau ‘Rule of Guan Eng’?


KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) layak digelar sebagai sebuah kerajaan ‘kangaroo’ atau kerajaan yang gagal, bidas Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tegasnya dalam hantaran di Facebook, begitu juga PH jelas tidak patuh kepada prinsip ‘Rule of Law’ jika Parlimen tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang jelas terbukti memfitnah dan berbohong di dalam Dewan Rakyat.

Najib mengulas mengenai laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat hari ini merumuskan secara rasminya bahawa wang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak hilang atau dirompak Barisan Nasional (BN) seperti didakwa oleh Guan Eng tahun lepas.

“Jika Guan Eng terlepas dari tindakan setelah membuat pembohongan amat dashyat ini, maka rakyat akan mempunyai keraguan untuk semua jawapan-jawapan yang diberi oleh mana-mana menteri PH dalam Parlimen.

“Kita tengok kerajaan PH ini mengamalkan ‘Rule of Law’ atau ‘Rule of Guan Eng’,” sinisnya.

Guan Eng dalam Dewan Rakyat pada Ogos tahun lalu menyatakan bahawa tuntutan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion ‘dirompak’ kerajaan terdahulu. – Media UMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.