Wang GST: Pembangkang Akan Mula Usul Bawa Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan


KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO akan memulakan usul untuk merujuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan Dewan Rakyat berkaitan isu wang GST.

Jelas beliau, tindakan itu adalah susulan daripada laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) yang mendapati bayaran balik wang GST yang didakwa okeh Guan Eng telah dirompak oleh pentadbiran kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN) sebenarnya tidak hilang.

“Laporan PAC (yang dibentang di Dewan Rakyat) hari ini (menunjukkan) tidak ada kehilangan wang atau wang dirompak (seperti didakwa) seperti didakwa menteri.

“Dengan itu saya memohon untuk merujuk Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Tambah beliau, keputusan PAC ini telah membuktikan bahawa Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan telah berbohong dan mengelirukan Dewan Rakyat maka atas alasan inilah pembangkang mahu perkara ini dbahas dan diputuskan supaya Bagan dapat dirujuk kepada jawatan kuasa hak dan kebebasan.

“Perkara ini arus disegerakan dan tidak boleh ditangguh, kalau tangguh mesyuarat akan datang bulan Oktober, jadi perlu disegerakan.

“Perkara ini serius kerana ia melibatkan integriti kerajaan yang lepas. Menuduh sebagai perompak adalah tuduhan sangat serius dan tidak boleh dimaafkan,” tegas beliau.

Sebelum itu ketika di dalam dewan, Ismail telah bangun bagi menyatakan perkara ini namun Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming meminta menyatakan sebab untuk berbuat demikian secara bertulis. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.