Itu Pendapat Peribadi.. Tiada Tindakan Terhadap Nazri & Khairy – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata bukan satu kesalahan berhubung tindakan Datuk Seri Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin memberi pendapat mereka berhubung pelantikan Pengerusi Jemaah Penasihat Barisan Nasional (BN).

Jelasnya memberi pendapat peribadi bukan satu kesalahan.

“Tiada tindakan perlu diambil terhadap Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin.

“Tambahan pula jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat BN bukan satu jawatan yang termaktub dalam Perlembagaan BN, tapi merupakan tindakan konsensus BN yang lebih bersifat administratif dan budibicara”, katanya dalam hantaran di Facebook milik beliau di sini, Ahad.

Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempolimikkan perkara itu secara berlebihan.

Semua orang tegasnya bebas memberikan pandangan peribadi masing-masing.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelas beliau lagi selaku Pengerusi BN berlapang dada dan mengambil sikap terbuka terhadap pandangan pandangan peribadi pelbagai pihak.

“Tiada sebarang tindakan disiplin perlu diambil terhadap sesiapa mengenai isu tersebut”, ujarnya. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.