Tekad PAS, Komitmen Tinggi Pastikan Kemenangan Tok Mat

REMBAU, 1 April – Komitmen PAS berada di tahap tertinggi dalam membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, ujar Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor itu, selain membantu BN berkempen mendekati pengundi-pengundi mereka, kemuncaknya adalah penglibatan Presiden, Datuk […]

» Read more

Pengiktirafan UEC Undang Polemik

KUALA LUMPUR 1 April – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) menjadi sebahagian syarat bagi menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) boleh mengundang polemik pendidikan yang berpanjangan. Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad malah menegaskan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tunduk kepada tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang membenarkan Lembaga Kelayakan Profesional Undang-undang Malaysia (LPQB) mengiktiraf UEC itu akan terus […]

» Read more

Pengundi Muda Akan Berikan Sokongan Untuk Tok Mat – Thinalan

REMBAU, 31 Mac – Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Thinalan Rajagopallu melahirkan keyakinan bahawa pengundi terutama masyarakat India daripada golongan muda akan memberikan sesuatu yang cukup berharga untuk calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April depan. Bagi beliau yang turut berasal dari Negeri […]

» Read more

Team Pemuda VS Team Tok Mat Hangatkan Kempen PRK Rantau, Guna Peluang Isyarat Kepada PH

  REMBAU, 31 Mac – Perlawanan bola sepak persahabatan antara Pemuda Barisan Nasional (BN) dengan penduduk tempatan di Kampung Sagga menghiasi kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini. Pemuda BN diketuai Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta barisan kepimpinan pusat serta negeri manakala pasukan ‘Team Tok Mat’ pula dibarisi pemain daripada penduduk Kampung Sagga […]

» Read more

Tindakan Benar Lulusan UEC Duduki PSAG Rendahkan Bahasa Kebangsaan – DMJ

JOHOR BAHRU 31 Mac – Tindakan membenarkan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) dan menyatakannya setaraf Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), secara tidak langsung merendahkan bahasa kebangsaan. Dewan Muda Johor (DMJ) dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu juga akan membuka ruang dan jalan yang akan menyebabkan isu berkenaan dipolitikkan. “DMJ juga percaya tindakan itu bertentangan […]

» Read more

UEC: Pengaruh Asing Ditakuti Menjadi Asas Undang-Undang Negara

KUALA LUMPUR 31 Mac – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk diterima sebagai memenuhi syarat bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) dikhuatiri boleh menyebabkan undang-undang negara dipengaruhi budaya serta pemikiran asing. Ini memandangkan sistem UEC didakwa mengikut sukatan pembelajaran negara asing serta tidak mematuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan, sekali gus dikatakan pemegang sijil itu sukar memahami nilai-nilai negara. Presiden […]

» Read more

Bantu Saya Masuk DUN… Kita Tuntut Janji Kerajaan PH – Tok Mat

  REMBAU, 31 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak pengundi di kawasan berkenaan untuk sama-sama membantunya masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha ‘check and balance’ kerajaan negeri  hari ini. Menurut beliau langkah itu juga akan membolehkannya menuntut segala janji yang ditabur dan ditawarkan oleh Pakatan […]

» Read more

Pemuda UMNO Kesal Taktik Kotor PAN Letak Calon Bebas

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Wan Agyl Wan Hassan kesal dengan permainan politik kotor Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Jelas beliau, adalah sesuatu yang mencurigakan apabila seorang calon bebas mengaku dia adalah ahli PAS walhal dalam masa sama dia sebenarnya merupakan ahli Parti Amanah Negara (PAN) […]

» Read more

Momentum Referendum Rakyat Akan Berterusan Di Rantau – PAS

REMBAU, 31 Mac – Naib Presiden PAS, Idris Ahmad yakin referendum rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan berterusan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Katanya, jika sebelum ini rakyat di Cameron Highlands dan Semenyih telah membuktikannya sebagai satu simbol penolakan kepada PH dengan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) maka kini di Rantau pula. “Walaupun […]

» Read more

Bukan Sahaja Rakyat, Ahli Parlimen Pun PH Tipu – Noh

REMBAU, 31 Mac – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar berkata umum sudah mengetahui bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan penipu apabila tidak mahu menunaikan janji-janji yang melibatkan kepentingan rakyat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mereka sendiri. Bahkan menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, perkara yang sama berlaku kepada ahli-ahli Parlimen baik daripada kerajaan mahupun […]

» Read more
1 2,117 2,118 2,119 2,120 2,121 2,244