UMNO Sabah Laksana Autonomi, Kimanis Ada Keunikan Tersendiri

KIMANIS, 2 Jan – Autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah telah dilaksanakan buat pertama kalinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis apabila soal pemilihan calon ditentukan oleh UMNO negeri berkenaan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yaakub Khan yang mewakili Datuk Bung Moktar Radin berkata itu adalah bukti yang jelas dan bukannya perkara yang yang dilakukan semata-mata untuk […]

» Read more

Jangan Anggap Pilih Wakil Rakyat Main-main, Undi Untuk Bawa Suara Rakyat – Hadi

KIMANIS 2 Jan – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan pemilihan pemimpin adalah perkara yang perlu diperhalusi sebaik mungkin dengan rakyat mesti membuat penilaian sebaiknya dan jangan sesekali beranggapan mengundi sesiap sahaja adalah sama. Menurut beliau sebenarnya tanggapan mengundi sesiapa sahaja adalah tidak betul kerana masih ada tanggungjawab dan mesti faham betapa besarnya kewajipan dalam membuat penilaian untuk […]

» Read more

Kemenangan Di PRK Kimanis Bakal Jadi Lambang BN Tidak Pupus Di Bumi Sabah

KIMANIS, 2 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis adalah penting sebagai cerminan kemenangan untuk rakyat Sabah sekaligus membuktikan bahawa BN tidak sesekali pupus di bumi Sabah ini. Jelas beliau,  sokongan dan calon terbaik yang ditampilkan oleh parti, pasti mampu memacu kemenangan BN di […]

» Read more

Semangat Tanjung Piai Dibawa Ke PRK Kimanis Untuk Kemenangan BN

KIMANIS, 1 Jan – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, UMNO Johor akan membawa semangat Tanjung Piai di  Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis ini. Jelas beliau, selaku negeri angkat yang menjaga PDM Lumat, UMNO Johor akan memastikan BN menang besar di Kimanis ini sama seperti di Tanjung Piai. “Johor datang sebagai tentera tambahan di PRK ini. […]

» Read more

Mohamad Alamin Calon BN PRK Parlimen Kimanis

KIMANIS, 1 Jan – Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan Ketua UMNO bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen kawasan berkenaan pada 18 Januari nanti. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin di Bilik Gerakan BN PRK Parlimen Kimanis, di sini, hari ini. Datuk Mohamad Alamin atau […]

» Read more

Ahmad Maslan Berpantun Lagi, Harap Pengundi Kimanis Hantar Mesej

KIMANIS, 1 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap rakyat terutama pengundi di Parlimen Kimanis agar menghantar satu mesej jelas kepada kerajaan hari ini yang gagal melunaskan manifesto mereka sebelum ini terutama sepuluh janji dalam tempoh sepuluh hari. Menurut beliau hasil kajiannya janji berkenaan tidak ada satu pun yang ditunaikan sepenuhnya sehingga ke hari ini […]

» Read more

PRK Parlimen Kimanis: Azam Tahun Baru ‘Ubah Balik’ Bergema

KIMANIS, 1 Jan – Kedatangan tahun baru 2020 yang disambut seluruh negara oleh seluruh rakyat tepat jam 12.00 malam tadi tentunya diiringi dengan pelbagai tekad dan juga azam masing-masing. Begitulah juga di Kimanis, dengan di Kg Papas ada sedikit kelainan apabila lontaran dan laungan azam ‘ubah balik’ bergema menerusi Kenduri Rakyat yang dihadiri oleh penduduk setempat. Ketua UMNO bahagian Kimanis […]

» Read more

2020 Tahun Mencabar, UMNO Mesti Bela Rakyat – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kita mungkin berhadapan dengan suasana negara yang politiknya semakin bergelora, ekonomi semakin muram, kebajikan rakyat kian dikurangkan, kos sara hidup terus membebankan, perpaduan rakyat dipenuh cabaran, dan pelbagai lagi situasi yang merugikan. Sehubungan itu katanya, UMNO tidak boleh biarkan rakyat dan negara terus begini. “Kita […]

» Read more

Rakyat Boleh Nilai Sikap PH, BN Tidak Gentar Hadapi Lawan Di PRK Kimanis

KIMANIS, 1 Jan – Walaupun kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis belum lagi bermula tetapi sudah ada rungutan daripada pengundi warga emas yang mengatakan mereka diugut, sekiranya tidak mengundi kerajaan maka bantuan untuk warga emas akan ditarik. awayTimbalan Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) di PRK Kimanis, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, sekiranya benar perkara sedemikian berlaku, ia sudah […]

» Read more

Semoga Tahun 2020 Kehidupan Rakyat Lebih Baik – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang lebih sinonim dengan panggilan Tok Mat mendoakan semoga hari-hari berikutnya bagi tahun 2020 khususnya, kehidupan rakyat di Malaysia akan jadi lebih baik dari sebelumnya. Beliau berkata demikian sempena ucapan tahun baru 2020. “Setinggi-tinggi kesyukuran di atas apa sahaja nikmat Allah SWT sepanjang tahun 2019 yang lalu. “Mari […]

» Read more
1 … 2,116 2,117 2,118 2,119 2,120 … 2,372