PH: Harga Bawang Tak Boleh Kawal, Subsidi Minyak Tak boleh Beri Tapi Kata Ekonomi Berkembang?

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan pelbagai tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka.

Katanya, petang semalam menteri harga barang Saifuddin Nasution mengumumkan penangguhan Program Subsidi Petroleum (PSP) yang mereka telah umumkan sebelum ini.

“Mengikut program subsidi ini mereka (Kerajaan PH) berjanji untuk memberi subsidi 30 sen seliter (maksimum 100 liter sebulan untuk kereta dan 40 liter untuk motorsikal) bermula pada 1 Januari 2020. Kini pada saat-saat akhir mereka putuskan untuk tidak tunaikan janji ini juga.

“Saifuddin dan Kerajaan PH ini, harga bawang naik tiga kali ganda sampai RM15 sekilo pun mereka tak boleh kawal. Bawang sekarang harganya sampai seringgit sebiji. Kini subsidi petrol 30 sen sehari yang dijanji pun mereka tidak mahu bagi,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya.

Bidasnya, PM Mahathir dan menteri-menteri lain ramai masih bercuti di luar negeri dan TPM Azizah kata ekonomi berkembang dan tiada kenaikan mendadak harga barang.

“Mereka ini duduk di dunia mana?” soal beliau.

“Kepada Kerajaan PH dan Menteri-menteri:

Apa guna memakai sari,
Jika tidak bersama selendang;
Memang enak jadi menteri,
Gaji banyak walaupun bangang.”

Dilaporkan, Sabtu lalu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan dan ini dicapai tanpa membabitkan kenaikan mendadak harga barangan dan perkhidmatan selain kuasa beli rakyat tidak terjejas. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.