PH Lemah Dan Lalai, Boleh Hancur Negara Menteri Tak Baca Dokumen Penting – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 21 Dis – “Lemah dan lalai,” demikian kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berhubung pengakuan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad memberikan kelulusan tanpa membaca dengan teliti berkaitan kertas cadangan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) penjawat awam.

Tegas beliau, dokumen Jemaah Menteri wajib menteri baca.

“Boleh rosak dan hancur negara. Bayangkan kalau ramai menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersikap seperti Khalid Samad tidak membaca dengan teliti minit mesyuarat atau sebarang dokumen penting Mesyuarat Jemaah Menteri? Apa akan jadi?” soal beliau dalam kenyataan berkaitan isu tersebut.


Dan kerana sikap sambil lewa dan tidak serius beginilah katanya, didapati seringkali Kerajaan PH membuat ‘u-turn’ kepada banyak perkara yang telah diumumkannya.

“Semua ini membawa imej yang tidak baik kepada Kerajaan PH.

“Saya ingin nasihat sedikit… saya pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan Menteri suatu ketika dahulu sebelum menjadi Ahli Parlimen Kawasan Lenggong.

“Saya tahu antara perkara wajib dilakukannya sebelum mesyuarat adalah membaca semua minit atau apa dokumen penting Mesyuarat Jemaah Menteri. Malah ada ketikanya kita akan dapatkan pelbagai maklumat mengenainya. Ini penting kerana apa yang dibincang dan akan diputuskan ialah berkaitan kepentingan negara dan rakyat.”

Jadi katanya, kepada Menteri Kerajaan PH baca dan teliti semua dokumen Jemaah Menteri ini mesyuarat penting.

“Zaman BN JKK Kampung pun baca minit Mesyuarat JKK Kampung sebelum ‘meeting’,” bidasnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.