Tahun 2020: Ruang Rakyat Nilai Antara PH Dan BN, Antara Janji Dan Realiti – Jamil Khir

ALOR SETAR, 31 Dis – Kehadiran 2020 secara tidak langsung memberikan ruang dan peluang buat rakyat Malaysia menilai secara adil dan saksama diantara dua buah kerajaan yg menerajui Malaysia iaitu PH dan BN terdahulu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, hari ini rakyat dapat melihat dan merasa sendiri secara realiti hakikat diantara janji dan harapan yg tidak mampu ditunaikan.

“Maka apa yang tinggal hanyalah sekadar harapan yang tak mungkin dapat ditunaikan,” katanya dalam perutusan menjelang tahun baru 2020, hari ini.

Katanya, tahun 2020 negara dan rakyat Malaysia melangkah dengan wajah kesuraman dan hati yang penuh debaran.

“Apakah ianya mampu bersaing dan bertarung di gelanggang kehidupan sedang pakar ekonomi telah meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi dengan 4.7 sebagai yang tercorot di rantau Asia Tenggara.

“Dengan wajah Bursa Saham Negara yang terus suram disamping ringgit yang terus di paras rendah. Kos sara hidup rakyat lebih-lebih lagi bagi golongan luar bandar terus menekan sedangkan sumber pendapatan semakin terhad.

“Banyak sumber pendapatan tambahan seperti BSAH dahulunya BRIM dikurangkan jumlah penerimanya selain saham-saham rakyat seumpama Saham Tabung Haji, Saham LTAT, ASB terus menyusut kadar pemberian bonus juga dividennya.”

Di samping itu, katanya, kadar penamatan kerja kakitangan kerajaan semakin bertambah bahkan bakal mendatang lagi 5% daripada 1.6 juta penjawat awam akan ditamatkan sebagaimana yang diumumkan.

“Begitu juga dengan badan swasta yangg sedang menyusun semula syarikat dengan mengecilkan saiz kakitangan yang membawa maksud pemberhentian kakitangan kerana keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan.

“Hakikatnya di tahun 2020 rakyat bakal mengharungi perjalanan yang tak pasti pertumbuhan ekonominya lebih-lebih wang belanja hidup harian rakyat. Sedangkan yang pasti 2020 harga bahan mentah keperluan rakyat sedang meningkat dari bawang, telur, ikan, keperluan persekolahan terus tidak terungkai sedang yang pasti dikenakan ialah tarif baru air dan letrik bakal dikenakan.

“Pos juga akan menghadapi kenaikkan. Banyak cukai baru bakal diperkenalkan seumpama cukai digital, harga baru cukai petak disamping harga minyak yg bakal dinaikkan 1 sen setiap minggu.”

Katanya, semuanya tidak menjanjikan kehadiran 2020 sebagai sinar harapan.

“Justeru bertabahlah dan mari kita doakan akan lahir nanti sinar harapan setelah diberi peluang membuat perbandingan dua buah parti penerimanya yang diberi peluang menerajui kerajaan. Rakyat Malaysia kehidupan tetap harus diteruskan,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.