Kerajaan Perkukuh Pelan Intervensi Pacu Ekonomi Sabah – Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, pelbagai langkah intervensi sedang dilaksanakan bagi merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, sejajar dengan aspirasi Ekonomi MADANI. Menurut beliau kerangka Ekonomi MADANI diperkenalkan bertujuan menstruktur semula ekonomi Malaysia termasuk ekonomi Negeri Sabah, manakala pelaksanaan pembangunan dalam tempoh separuh kedua Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) ditumpukan kepada usaha merealisasikan […]

» Read more

Status Projek LCS: LCS 1 Mulakan Sea Trial, Tauliah Disember 2026 – Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Kementerian Pertahanan mengambil maklum sepenuhnya keprihatinan semua pihak berhubung status Projek Pembinaan Kapal Tempur Pesisir atau Littoral Combat Ship (LCS). Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sehingga 25 Disember 2025, Kementerian dimaklumkan oleh LUNAS bahawa kemajuan keseluruhan Projek LCS telah mencapai 75.75 peratus sebenar berbanding 81.57 peratus perancangan. Menurut beliau khusus bagi Kapal LCS […]

» Read more

Tiada Isu Bottleneck Projek Pembetungan Kukup Laut, Ayer Masin – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata tiada isu bottleneck berhubung projek sistem pembetungan dan sanitari bagi Perkampungan Atas Air Kukup Laut dan Kampung Ayer Masin memandangkan ia hanya boleh dilaksanakan setelah hasil kajian teknikal terperinci selesai dijalankan. Menurut beliau, pada masa ini Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) […]

» Read more

Isu Pendidikan Digital Perlu Diselesai, Keadilan Bukan Kemewahan – Manndzri

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Kerajaan digesa menyelesaikan segera masalah asas pendidikan digital bagi memastikan tiada sekolah tercicir, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, menjelang tahun 2026. Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berkata, negara tidak seharusnya terus berdepan isu berulang seperti ketiadaan capaian internet yang stabil, kekurangan peranti atau alat bantuan pembelajaran serta ketiadaan guru yang mahir dalam pedagogi […]

» Read more

KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas prestasi cemerlang kementerian itu dalam memacu pembangunan luar bandar, khususnya di Parlimen Tenggara. Menurut beliau, pelbagai inisiatif pembangunan berjaya dilaksanakan hasil komitmen berterusan KKDW dalam memastikan kesejahteraan masyarakat desa terus […]

» Read more

JKR Komited Pastikan Penyelenggaraan Penuhi Tahap Terbaik – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Kementerian Kerja Raya, menerusi agensi Jabatan Kerja Raya (JKR) amat komited dalam usaha memastikan perkhidmatan penyenggaraan jalan raya dapat memenuhi tahap yang terbaik seterusnya menyediakan jalan raya yang selamat dan selesa kepada pengguna jalan raya. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan projek pembinaan dan penyenggaraan jalan oleh JKR sentiasa dikawal selia oleh […]

» Read more

Ketidaktentuan Kadar Tarif AS, MITI Ambil Langkah Proaktif – Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (Agreement on Reciprocal Trade – ART) bukanlah perjanjian biasa tetapi bersifat unilateral. Demikian jelas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menerangkan bahawa sebaik sahaja Amerika Syarikat mengenakan tarif dengan kadar yang tinggi iaitu 24 peratus pada 2 April 2025, Malaysia telah memulakan rundingan bersama negara terbabit. […]

» Read more

Setiausaha Agung BN Ucap Tahniah, Mohd Kurniawan Naim Angkat Sumpah

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, mengucapkan tahniah kepada Mohd Kurniawan Naim Moktar yang telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan pagi ini di Dewan Rakyat. “Tahniah diucapkan kepada YB Naim. Semoga beliau dapat meneruskan legasi khidmat dan perjuangan yang telah dibina oleh Almarhum Datuk Seri Bung Moktar Radin, khususnya […]

» Read more

Mohd Kurniawan Naim Angkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ahli Parlimen Kinabatangan baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar, 32, mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, hari ini. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dengan turut disaksikan ahli-ahli Parlimen di kedua-dua blok. Mohd Kurniawan Naim mempertahankan kemenangan BN di kerusi Parlimen Kinabatangan setelah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu, […]

» Read more

Jalaluddin Seru Kerajaan Teliti Cadangan Akta Perlindungan Guru

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berharap kerajaan meneliti cadangan penubuhan Akta Perlindungan Guru Malaysia yang dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 baru-baru ini. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata cadangan akta ini bukan bertujuan untuk memberi kekebalan mutlak kepada guru, tetapi memberikan perlindungan perundangan yang jelas dan adil supaya […]

» Read more
1 … 16 17 18 19 20 … 80