Dari Parlimen: Simpang Renggam Harap Peruntukan JMG Ditambah

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Ir Hasni Mohamad berharap agar kerajaan menambah peruntukan kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk membolehkan kajian mengenai sumber bekalan air dapat dilaksanakan sebaiknya. Ujarnya, teknologi yang terkini diperlukan untuk mendapatkan sumber bekalan air bawah tanah dan kajian terperinci perlu dilaksanakan. “Akhirnya, kajian sumber air tanah negara merupakan satu perkara […]

» Read more

PTPK: Elaun Sara Hidup Pelajar Telah Dinaikkan Kepada RM800

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Semua pelajar yang telah diluluskan pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) masih terus menerima pembiayaan dan elaun sara hidup seperti biasa dengan peningkatan daripada RM400 kepada RM800. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, fokus pembiayaan PTPK tahun 2025 adalah lebih menjurus kepada program kemahiran terutamanya untuk sektor dan industri dengan izin […]

» Read more

Shamsulkahar Mohon Kerajaan Teliti Hutang Peserta Felcra Rompin

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli memohon kerajaan meneliti semula bebanan hutang pembangunan yang ditanggung oleh peserta Projek Tanah Rancangan FELCRA Rompin B, susulan hasil tanaman yang tidak memberangsangkan. Menurut beliau, projek yang dimulakan sejak 1982 itu melibatkan seramai 99 peserta dengan tanaman getah sepenuhnya, namun pada 2013 pokok getah asal ditebang dan tanaman […]

» Read more

Tambah Peruntukan KEJORA, Angkat Potensi Pelancongan Sempena Tahun Melawat Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib mencadangkan agar peruntukan kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ditambah bagi menyokong pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor tahun hadapan. Beliau berkata, langkah itu penting bagi membantu Johor mencapai sasaran RM42 bilion hasil pelancongan dan menarik 12 juta pelancong ke negeri tersebut. “Di kawasan KEJORA ada pantai-pantai peranginan […]

» Read more

Laksana Blueprint Jadikan Sabah Hab Hasil Pertanian Negara

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir mencadangkan agar Sabah National Agriculture Produce Hub Blueprint dirangka sebagai dasar pelaksanaan di peringkat nasional bagi memperkasa sektor pertanian di negeri itu. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata, pelan tersebut perlu meletakkan Sabah sebagai pusat pengeluaran, pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian negara. “Komponen pertama blueprint ini […]

» Read more

Jajaran Sungai Utama Perlu Diwarta Sebagai Warisan Sumber Makanan Negara

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib mencadangkan agar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengambil inisiatif mewartakan jajaran sungai utama di negara ini sebagai Warisan Sumber Makanan Negara. Menurut beliau, langkah itu penting bagi memastikan sumber makanan negara terus terpelihara dan tidak terjejas akibat pencemaran serta pembangunan yang tidak terkawal. “Saya cadang supaya LKIM ambil inisiatif berunding […]

» Read more

Keberkesanan Dasar Ekonomi MADANI, Ketirisan Hasil Negara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI serta jumlah terkini hasil rampasan dan kutipan penalti oleh agensi penguat kuasa antara perkara dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) meminta Perdana Menteri menjelaskan bagaimana kerajaan mengukur keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI dalam tempoh 18 hingga 24 […]

» Read more

Skim Tanam Semula Sawit Secara Geran Penuh Wajar Dikembalikan

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berpandangan skim tanam semula sawit secara geran penuh wajar dikembalikan bagi membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti serta pendapatan mereka. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tampin berkata langkah tersebut penting kerana ia mampu mengurangkan beban kos ditanggung pekebun kecil dan menggalakkan mereka melaksanakan proses tanam semula secara […]

» Read more

Pegawai Perpaduan Daerah Tonggak Keharmonian Komuniti – Shamshulkahar

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli menyifatkan peranan pegawai Kementerian Perpaduan amat penting bagi memastikan keharmonian antara komuniti terus dipupuk. Katanya, ia dapat dilakukan melalui program integrasi nasional, perpaduan komuniti madani serta pelbagai inisiatif yang bersandarkan kepada Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 di peringkat akar umbi. “Saya ingin menarik […]

» Read more

Penipuan Dalam Talian: Rakyat Malaysia Diingat Sentiasa Berwaspada Ketika Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara agar sentiasa berhati-hati bagi mengelak terlibat dalam aktiviti yang melanggar undang-undang negara yang dikunjungi. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, peringatan itu turut merangkumi kesalahan berkaitan penipuan dalam talian yang semakin meningkat. “Kita menasihatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa berwaspada dan […]

» Read more
1 15 16 17 18 19 72