Pemantauan, Penguatkuasaan Pelanggaran Syarat Pas Warga Asing Terus Dilaksana

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran syarat pas atau aktiviti jenayah oleh warga asing yang dibenarkan menetap di Malaysia. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggu UMNO berkata walaupun kerajaan menyediakan kemudahan pas jangka panjang seperti Malaysia My Second Home (MM2H) bertujuan menarik […]

» Read more

KKR Fokus Pemasangan Lampu Jalan Di Lokasi Risiko Tinggi Kemalangan

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan kementerian melalui Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya melaksanakan skop pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata ia termasuk persimpangan, selekoh dan jambatan serta kawasan yang mempunyai rekod kemalangan yang dikenal pasti. Katanya pemasangan lampu jalan […]

» Read more

Kenaikan BSH Tanda Pengiktirafan Jasa Kepada Pesara KEMAS

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan menyifatkan kenaikan Bayaran Sara Hidup (BSH) terutama kepada bekas anggota KEMAS yang tidak berpencen sebagai satu langkah tepat dan amat bermakna bagi meringan beban kewangan mereka. Menurut beliau, langkah itu bukan sahaja membantu meringankan beban golongan tersebut, malah ia menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap mereka yang banyak menyumbang […]

» Read more

Isu Penyakit Tidak Berjangkit, Pemantauan Warga Asing Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Isu penyakit tidak berjangkit dan pemantauan terhadap warga asing yang telah diberikan visa jangka panjang menjadi antara tumpuan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini. Datuk Adnan Abu Hassan bertanyakan kepada Menteri Kesihatan mengenai inisiatif kementerian dalam mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan obesiti. Beliau ingin mengetahui pendekatan bersepadu yang merangkumi promosi gaya hidup […]

» Read more

Malaysia Komited Keluar Status Risiko Standard EUDR, Tubuh Jawatankuasa Khas

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan pihaknya mengambil beberapa langkah proaktif bagi mengeluarkan Malaysia daripada status ‘risiko standard’ di bawah Peraturan Penyahutanan EU (EUDR). Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata ini termasuk penubuhan Jawatankuasa Khas Pelaksanaan EUDR. “Skop bidang tugas bagi jawatankuasa ini merangkumi perkara-perkara seperti membincangkan isu utama pelaksanaan […]

» Read more

Wisma Putra Perkukuh Strategi Diplomatik Seiring Perubahan Teknologi, Geoekonomi

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan komitmen Kementerian Luar dalam memastikan setiap dasar dan pendekatan diplomatik negara kekal relevan dengan perubahan pesat dalam landskap geopolitik, geoekonomi dan teknologi global. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perubahan dunia kini berlaku dengan begitu pantas dan mendalam, khususnya dalam bidang teknologi sehingga melebihi keupayaan sesebuah […]

» Read more

Kehadiran Pemimpin Dunia Ke Sidang Kemuncak ASEAN, Keselamatan Sekolah Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Senarai kehadiran pemimpin negara dan pertubuhan antarabangsa ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 serta pencapaian utama Kepengerusian ASEAN-Malaysia antara fokus perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. Beliau juga ingin tahu sejauh manakah […]

» Read more

Ahli Parlimen Beaufort Harap Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Berkaitan Hak 40 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching berharap agar kerajaan persekutuan tidak merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil cukai persekutuan yang dikutip di negeri itu. Beliau berkata, hak berkenaan termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan dan tidak seharusnya dijadikan janji politik, sebaliknya perlu dilaksanakan sebagai […]

» Read more

Akaun Bank Berkaitan AMLA, Penyalahgunaan AI Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Isu penutupan akaun bank kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram (AMLA) serta risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) antara perkara yang akan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Teresa Kok Suh Sim (PH–Seputeh) meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah kerajaan memperkemas koordinasi antara institusi perbankan, […]

» Read more

Scam: Kerajaan Perkukuh Undang-Undang, Tangani Jenayah Siber

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memperkukuhkan undang-undang untuk menangani kes jenayah siber terutamanya jenayah penipuan dalam talian ataupun scam. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerajaan telah membuat pindaan ke atas Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi menangani kes jenayah siber khususnya penipuan kewangan melibatkan penggunaan akaun keldai. “Kementerian Dalam Negeri […]

» Read more
1 18 19 20 21 22 72