Pertikai Zahid…? Zaman Dr Mahathir Dulu Lagi Teruk Berpecah – Azian

IPOH, 20 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Azian Osman membidas segelintir pendapat yang mempertikaikan prestasi Presiden parti sekarang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi rentetan keluarnya lima orang ahli Parlimen dari UMNO. Menurut Azian pada ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi presiden parti, itulah zaman ‘hitam’ yang dialami oleh parti. “Ada orang kata Presiden UMNO sekarang […]

» Read more

Warkah Terbuka Buat Seluruh Ahli Parlimen Dan ADUN UMNO

*Para YB Yang Dikasihi,* 1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam perjuangan dan salam kasih sayang. Saya mendoakan agar kita semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan rahmat Ilahi. 2. YB sekalian adalah *barisan kepimpinan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi menerusi kaedah pilihanraya.* Proses ini telah kita lalui sebanyak 14 kali dan setiap kali pemilihan sentiasa ada […]

» Read more

Dukacita Tindakan Mustapha, Anifah, UMNO Akan Ambil Langkah Pembetulan Segera – Mohamad

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk  Seri Mustapha Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman meninggalkan parti  sudah pasti khabar yang mendukacitakan. Menurut beliau mereka adalah tokoh yang disegani, berkebolehan selain terbukti keupayaan dalam memimpin dan berkhidmat malah jasa serta sumbangan mereka kepada UMNO dan negara […]

» Read more

Dulu ISA Sekarang AMLA : Tindakan SPRM Terhadap Najib Dipertikai

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Pemantau Malaysia Baru mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat telah diperalatkan oleh kerajaan bagi menjayakan agenda politik pihak mereka  untuk menekan pimpinan UMNO yang ada pada hari ini. Presidennya, Datuk Noor Lokman Adam berkata, ini memandangkan kenyataan SPRM berhubung penangkapan ini ternyata adalah bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh […]

» Read more

Ikuti Diskusi U3.0 Malam Ini, Kupas ‘Kerajaan Dolak-dalik’

KUALA LUMPUR, 19 Sept – ‘Kerajaan Dolak-dalik’ menjadi topik dalam kupasan Diskusi U3.0 malam ini lantaran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gemar bercakap berbalik-balik atau tidak tetap tentang sesuatu perkara khususnya soal pentadbiran dan ekonomi negara. Bagi membincangkan topik tersebut, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Sharkar Shamsudin akan tampil dengan Datuk Dr Azizan akan bersama sebagai moderatornya. Diskusi […]

» Read more

Shamsul Anuar Dan Tiga Ahli Parlimen BN Nafi Bakal Keluar Parti Seperti Dalam Senarai Yang Tersebar   

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bersama tiga ahli Parlimen UMNO daripada Parit, Tasek Gelugor dan Jelebu hari ini masing-masing menafikan berita yang tersebar menerusi aplikasi ‘WhatsApp’ kononnya mereka adalah antara ahli parlimen yang bakal mengambil langkah keluar meninggalkan parti. Menurut Dr Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong,  kesetiaan beliau tetap pada parti dan […]

» Read more

Tindakan Keluar UMNO Tidak Wajar.. Seluruh Ahli Mesti Terus Kekal Bersatu – Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO mengambil berat terhadap perkembangan politik negara ketika ini. “Selaku Presiden UMNO, saya juga memandang serius situasi yang berlaku terutama kepada parti UMNO sendiri. “Dalam keadaan ini, saya minta semua pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat agar bertenang, berlapang dada, terus yakin, serta memberikan […]

» Read more

Rakyat Makin Terbeban Di Bawah Pemerintahan Kerajaan Baru – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, rakyat kini semakin terbeban di bawah pemerintahan kerajaan baru di mana pelbagai bantuan kepada rakyat dihentikan dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, manakala kerajaan hari ini pula dlihat masih membuat pelbagai alasan untuk memberhentikan segala bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat semasa pentadbiran Barisan Nasional […]

» Read more

Ahli UMNO Perlu Bertenang, Pemimpin Datang dan Pergi Tapi Perjuangan Perlu Diteruskan

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta ahli-ahli nggota UMNO untuk bertenang serta menghormati keputusan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustafa Mohamed yang mengisytiharkan keluar dari parti semalam. Beliau juga meminta anggota UMNO agar tidak melemparkan sebarang cemuhan terhadap bekas menteri tersebut berikutan keputusan yang diambilnya. “Walaupun berat untuk menerima berita […]

» Read more

Puteri UMNO Kecewa Dengan Keputusan Tok Pa Keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia meluahkan rasa terkejut dan kecewa dengan tindakan Datuk Seri Mustapha yang mengumumkan keluar daripada UMNO. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, disaat UMNO diuji dengan kekalahan teruk pada PRU 14 lalu, pergerakan Puteri UMNO mengharapkan agar pemimpin-pemimpin lama terus bersama dalam perjuangan ini. “Kita tidak sangka, terkejut, dan sekaligus kecewa apabila […]

» Read more
1 2,509 2,510 2,511 2,512 2,513 2,520