Mengata BN Tidak Boleh Bantu Rakyat.. “Orang Asli Apa Dap Tolong?”


KUALA LUMPUR, 11 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menempelak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berterusan membuat dakyah kepada penduduk Cameron Highlands kononnya Barisan Nasional (BN) tidak mampu membantu rakyat.

Dalam ciapan di Twitter miliknya, Annuar bertanya kembali kepada Setiausaha Agung Dap itu apakah jasa Dap membantu rakyat khususnya di kawasan parlimen tersebut.

“Dap pulak bantu apa di situ? (Harga) Barang naik ada Dap turunkan? Sawit merudum ada Dap tolong? PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ada Dap tolong?

“Orang Asli apa Dap tolong?”, bidasnya lagi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands menyaksikan ramai kelibat pemimpin Pakatan Harapan (PH) mula memunculkan diri berkempen terutama di kawasan-kawasan penempatan Orang Asli walaupun hari penamaan calon belum tiba pada 12 Jan ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh seterusnya menimbulkan persoalan kepada Dap, di manakah terletaknya kawasan parlimen Cameron Highlands serta siapakah yang menerajui kerajaan negeri.

“..kita nak tanya CH (Cameron Highlands) itu negeri mana? Siapa kerajaan negeri itu? Siapa kerajaan tempatan di situ?,” soalnya lagi.

Untuk rekod, sepanjang mentadbir, BN berjaya menjadikan kawasan tersebut terkenal sebagai pusat peranginan tersohor di negara ini serta sentiasa diberi perhatian dan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Ini termasuklah seperti memakmurkan ekonomi setempat, pembangunan terancang penanaman sayur, pemodenan kampung tradisi, penempatan semula kaum pribumi contohnya Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil bernilai RM50 juta dan kemudahan infrastuktur yang semakin bertambah baik. – Media UMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.