‘Nasib, Rintihan Warga Felda’ … ‘Live’ Diskusi U3.0 Malam Ini


KUALA LUMPUR, 10 Jan – Janji-janji Pilihan Raya Umum (PRU) lalu mahu menghapuskan hutang peneroka tidak dipenuhi, malahan nasib peneroka kini yang semakin terhimpit dengan kejatuhan teruk harga komoditi serta kekurangan hasil juga tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Justeru malam ini, Diskusi U3.0 akan bersiaran dengan topik perbincangan ‘Nasib, Rintihan Warga Felda’.

Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan Pengerusi Penaja Pembela Warga Felda (PEMBELA), Anuar Abd Manap sebagai ahli panel manakala Datuk Dr Azizan Abd Majid pula bertindak sebagai moderator.

UMNO Online akan menyiarkan diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya serta bersama-sama mengikuti kupasan dari tetamu jemputan. – Media UMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.