Mana ‘Cakap Besar’ Konon PH Mampu Tadbir Negara Jauh Lebih Baik Dari BN?

KEPALA BATAS, 11 Jan – Pemerhati Politik Tempatan, Azizi Safar berkata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya meminta rakyat memberi Pakatan Harapan (PH) peluang yang lebih lama untuk mentadbir negara atas alasan menteri-menteri kerajaan tidak mempunyai pengalaman.

Ini kerana, sejak dulu lagi PH sering menuar-uarkan mereka mampu mentadbir kerajaan jauh lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

“Sekarang baru hendak mengaku bahawa menteri tidak ada pengalaman dan perlu diberi peluang untuk mentadbir dengan lebih baik. Dulu mereka sering cakap besar kononnya mereka mampu menjadi lebih baik daripada BN.

“Kini rakyat sudah beri mandat maka mereka harus buktikan. Mana ada tempoh percubaan dan tempoh untuk belajar lagi?” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tegas beliau rakyat masih ingat bagaimana seorang pemimpin Dap pernah berkata sekiranya dia menjadi menteri maka pesawat MH370 yang hilang boleh dicari dalam masa dua hari sahaja jadi kenapa tidak lantik individu tersebut untuk cari pesawat malang ini.

“Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Phua pula pernah mengatakan dia mempunyai formula untuk memansuhkan semua tol di lebuhraya negara ini dengan kos RM25 belion sahaja tetapi kini mengapa dia tidak menasihatkan Lim Guan Eng untuk mengikut formula tersebut… mengapa perlu melantik konsultan luar untuk buat kajian bagaimana mahu menghapuskan tol?” soalnya.

Tambah beliau lagi, yang menjadi persoalannya kini adalah berapa lama masa yang diperlukan kerana rakyat tidak mahu kerajaan yang hanya mahu ‘try and error’ atas mandat yang telah diberi, maka kini adalah masa untuk bekerja dan membela nasib rakyat sebagaimana janji-janji mereka sebelum ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.