Helah Tol Percuma: Rakyat Akan Mula Bangun Pukul 3.30 Pagi? – Jamil Khir

SEMENYIH, 24 Feb – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak mustahil sekiranya kehidupan rakyat akan berubah mendadak kerana mahu mengejar tol percuma. Jelas beliau, pengumuman yang dibuat oleh kerajaan berkaitan tol percuma bakal menyebabkan orang ramai bangun seawal 3.30 pagi bagi mengelak membayar tol. “Hari ini kerajaan umum tol… percuma 11 malam smpai 5 pagi… […]

» Read more

Usaha Terdesak Pihak Tertentu Gagal, Kerjasama BN Dan Pas Terus Utuh Di Semenyih – Ismail

SEMENYIH, 24 Feb – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba merenggangkan hubungan dan kerjasama yang cukup erat antara UMNO dan Pas terutama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan negeri (DUN) Semenyih tidak akan membuahkan hasil. Menurut beliau terkini mengenai apa yang ditularkan menerusi media sosial mengenai […]

» Read more

Malam Bersejarah Diteruskan Lagi Di Semenyih Menerusi Pentas Anak Muda

SEMENYIH, 24 Feb –  Pemuda UMNO dan Pemuda Pas malam tadi sepentas di Pentas Anak Muda, berceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dalam usaha membantu kemenangan calon BN, Zakaria Hanafi. Selain itu, pentas berkenaan turut menampilkan Ketua Pemuda Ikatan serta Ketua Pemuda Berjasa. Padang yang menempatkan pentas berkenaan bukan sahaja penuh dengan anak muda […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS Semakin Diperkukuh, Diperkasa Menuju PRU15 – Annuar

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dengan tegas mengatakan kerjasama serta mufakat antara UMNO dan PAS bukan sahaja akan diteruskan, malah akan diperkasakan lagi menuju ke Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Katanya, persepakatan tersebut tidak terjejas walaupun mutakhir ini terdapat pelbagai usaha kalangan tertentu yang cuba menimbulkan kesangsian berhubung kerjasama antara kedua-dua parti tersebut. […]

» Read more

Berita Tular Mahu Kaji Semula Kerjasama UMNO PAS: “Palsu Sama Sekali” – Ketua Penerangan

KUALA LUMPUR, 23 Feb – “Tidak benar dan palsu sama sekali,” demikian sanggah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah. Dr. Shamsul memberi reaksi demikian bagi menafikan sebuah berita yang menggunakan nama portal UMNO Online, kononnya sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat biro politik, kepimpinan tertinggi UMNO mahu menilai semula kerjasama dengan PAS. “Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan […]

» Read more

Pasca PRU14: Rakyat Semakin Sedar BN Lebih Baik Daripada PH – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan terdapat dua hikmah yang besar di sebalik kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Pertama, menurutnya, rakyat boleh menilai kerajaan mana yang lebih baik, era kerajaan Barisan Nasional (BN) atau kerajaan regim Pakatan Harapan (PH). “Dulu kita kata kita baik, tetapi […]

» Read more

Sembilan Bulan Berlalu… Apa Dasar Terbaik PH Untuk Rakyat Terutama Golongan Muda? – Pemuda BN

SEMENYIH, 23 Feb – Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Shahril Sufian Hamdan melihat jika sesebuah kerajaan mempunyai elok dasarnya mungkin pebagai program yang terbaik untuk rakyat terutama bagi golongan muda dapat dilaksanakan. Namun hari ini menurut beliau, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila yang lahir daripada kerajaan baru, kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah pelbagai perkara ‘munafik’ setelah sembilan bulan […]

» Read more

Skil Berkomunikasi Penting, Tapi Jangan Terlalu Teruja…

SEMENYIH, 23 Feb – “Komunikasi ini periuk nasi orang politik, kalau tidak pandai berkomunikasi, tidak perlulah jadi calon,” bidas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau berkata demikian ketika berceramah di kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di PDM Rinching malam tadi. “Calon PH di Semenyih ini saya nak cakap pun….mmm…. saya rasa […]

» Read more

‘YB’ Cameron Highlands Turun Padang Bantu Zakaria Di Semenyih

SEMENYIH, 23 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) yang baru memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada Januari lepas, Ramli Mohd Noor turut turun padang dalam usaha membantu kempen calon BN bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac depan. Dalam ‘walkabout’nya di sekitar Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Lalang, semalam, beliau yang mengiringi calon […]

» Read more

“Orang Beri Kain Ambil, Beri Gula Kacau Buat Teh, Tetapi Undi Tetap BN” – Pesan Annuar Musa

SEMENYIH, 23 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menggesa para pengundi agar tidak takut malah tidak ragu-ragu untuk membuat pilihan dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi pada hari pembuangan undi 2 Mac depan. Menurut beliau tanggungjawab berkenaan cukup penting dalam mencorakkan masa depan bersama dan atas dasar itulah urusan politik bukan urusan yang boleh dibuat […]

» Read more
1 … 2,480 2,481 2,482 2,483 2,484 … 2,518