Sembilan Bulan Berlalu… Apa Dasar Terbaik PH Untuk Rakyat Terutama Golongan Muda? – Pemuda BN

SEMENYIH, 23 Feb – Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Shahril Sufian Hamdan melihat jika sesebuah kerajaan mempunyai elok dasarnya mungkin pebagai program yang terbaik untuk rakyat terutama bagi golongan muda dapat dilaksanakan.

Namun hari ini menurut beliau, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila yang lahir daripada kerajaan baru, kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah pelbagai perkara ‘munafik’ setelah sembilan bulan mereka menerajui dan mentadbir negara.

“Pembangunan belia yang boleh ditambah baik… pesisiran bandar seperti kawasan Semenyih ini, mungkin satu skim untuk  kurangkan kos sara hidup boleh ‘diperanakkan’, mungkin satu lonjakan kepada pendapatan rakyat boleh ‘diperanakkan’ kalau kerajaan elok, tetapi apa yang ‘diperanakkan’ dan yang ‘beranak’ adalah yang munafik, yang ‘beranak’ adalah kasut hitam, yang ‘beranak’ sijil palsu, yang ‘beranak’ BR1M jadi BSH dan sebagainya. Itu jasa dan sumbangan PH sembilan bulan lebih,” katanya di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian pada program Sembang Santai Anak Muda di Bilik Gerakan Sg Lalang, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Semenyih Barat.

Shahril seterusnya mempersoalkan hujah yang menyatakan tidak adil membuat perbandingan antara kerajaan yang baharu sahaja menang sembilan bulan dengan kerajaan BN yang telah mentadbir selama 61 tahun.

“Jangan kamu kata BN/UMNO porak-poranda, kamu baru ambil sembilan bulan porak-poranda bagaimana lagi kita mahu banding. Ok… kita banding sembilan bulan sebelum PRU (pilihan raya umum) dengan sembilan bulan selepas PRU…Kita lupakan jasa-jasa BN yang lama.

“Saya nak tanya..sembilan bulan yang baru ini harga barang ada turun atau tidak. BR1M lebih atau kurang. Inilah jasa dan inilah kesan dan inilah apa yang berlaku dalam sembilan bulan PH memerintah,’ tegasnya. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.