Helah Tol Percuma: Rakyat Akan Mula Bangun Pukul 3.30 Pagi? – Jamil Khir

SEMENYIH, 24 Feb – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak mustahil sekiranya kehidupan rakyat akan berubah mendadak kerana mahu mengejar tol percuma.

Jelas beliau, pengumuman yang dibuat oleh kerajaan berkaitan tol percuma bakal menyebabkan orang ramai bangun seawal 3.30 pagi bagi mengelak membayar tol.

“Hari ini kerajaan umum tol… percuma 11 malam smpai 5 pagi… maknanya kita kena pergi kerja paling awal 3.30 pagi atau 4.00 pagi.

“Keluar pejabat pukul 5.00 petang tapi tak boleh balik lagi. Melilau la ke mana-mana sementara nak menunggu pukul 11 (malam) pula,” sinis beliau ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Beranang malam tadi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih.

Selain itu Jamil turut menyindir calon Pakatan Harapan (PH) Aiman Zainali kerana menabur janji palsu semata-mata mahu membeli jiwa pengundi.

“2hb menang, 3hb selesai. Ini ibarat Aladdin dengan lampu ajaibnya… nak selesaikan termasuk masalah jalan, masalah hospital… ini gosok lampu ajaib sampai pecahpun tak boleh.

“Belum pegang jawatan dah merapu dah.. kalau pegang esok tak tau camana,” katanya lagi.

Menurut beliau, kerajaan sebenarnya terpaksa membuat pengumuman berkaitan tol dan juga pemberian wang kepada orang bujang kerana mereka mula risau dan takut melihat gelombang orang muda menolak PH.

“Mesti ada sebab mengapa sampai memaksa kerajaan umum macamtu… sebab mereka tengok ‘trend’ penolakan anak muda jadi terpaksalah umum. Mereka sudah kalah di Cameron Highlands jadi mereka tidak mahu kalah lagi di sini,” katanya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.