Berita Tular Mahu Kaji Semula Kerjasama UMNO PAS: “Palsu Sama Sekali” – Ketua Penerangan


KUALA LUMPUR, 23 Feb – “Tidak benar dan palsu sama sekali,” demikian sanggah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Dr. Shamsul memberi reaksi demikian bagi menafikan sebuah berita yang menggunakan nama portal UMNO Online, kononnya sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat biro politik, kepimpinan tertinggi UMNO mahu menilai semula kerjasama dengan PAS.

“Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan pastinya kerana bimbang dengan kerjasama UMNO PAS yang begitu baik. Malah berita berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh UMNO-Online.

“Kerjasama UMNO PAS amat baik dan semakin mantap ketika ini terutama di PRK (Pilihan Raya Kecil) N24 Semenyih.

“Oleh itu, saya harap semua pihak terutama pengundi di Semenyih tidak terpengaruh dengan berita palsu berkenaan,” katanya lagi dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih telah memasuki hari kelapan di mana hari pengundian dijadualkan pada 2 Mac nanti. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.