Belanjawan Kedah 2020: Peruntukan Exco Naik Tapi Untuk Rakyat Dipotong

ALOR SETAR, 24 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob mempersoalkan kira-kira RM1.6 juta peruntukan diberikan kepada setiap Exco tetapi peruntukan untuk sektor lain pula dipotong. Menurutnya, beliau tidak mempertikaikan jumlah peruntukan diberikan kepada setiap Exco, sebaliknya mempersoalkan pengurangan peruntukan untuk sektor lain dan cara bajet dibuat. Dimaklumkan, peruntukan kepada exco tersebut diletakkan secara khusus […]

» Read more

Heret PTPTN Tindakan Bodoh? Biar Mahkamah Putuskan… – Peguam

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Peguam bela dan peguam cara, Adnan Seman menangkis dakwaan yang mengatakan tindakan lima anak muda yang memfaikan saman ke atas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), parti Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan sebagai bodoh. Katanya, ini berdasarkan reaksi satu posting di Facebook yang mengkritik lima anak muda dengan mengatakan ia satu tindakan bodoh kerana saman […]

» Read more

PH Yang Cipta Masalah Jadi Pandai-Pandailah Selesaikan – Tajuddin

KUALA LUMPUR, 24 Okt – “Masalah ini dicipta oleh Pakatan Harapan (PH) dan Tun (Tun Dr. Mahathir Mohamad) jadi pandai-pandailah dia selesaikan,” ujar Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Rahman. Beliau berkata demikian mengulas isu India berkemungkinan boikot membeli minyak sawit daripada Malaysia kerana marah dengan ucapan Perdana Menteri itu di Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini. “Apa yang Tun […]

» Read more

Kisah Komik Yang Memalukan

Langkah terkini yang diambil oleh pihak KDN mengharamkan komik BRI tidak dinafikan mengurangkan suhu ketidaktenteraman awam. Langkah pengharaman dibuat kerana komik tersebut didapati mendatangkan mudarat keselamatan dan menggemparkan fikiran orang ramai. Pada mulanya saya tidak percaya bahawa ada komik yang diedarkan ke sekolah yang mengandungi propaganda buruk politik kebencian dan penghinaan. Meskipun namanya ‘Belt and Road Initiative for Win Winism’ […]

» Read more

Kredibiliti Dap ‘Rosak’ Jika Nafi Terlibat Pengedaran Komik Propaganda – Najib

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya Dap mengambil tindakan menafikan keterlibatan mereka dalam isu komik propaganda yang dikatakan mempromosikan ideologi komunis maka ia akan merosakkan kredibiliti Dap itu sendiri. Jelas beliau, rakyat tidak akan percaya penafian Dap itu kerana kata-kata pengantar yang dimuatkan dalam komik tersebut adalah daripada pemimpin Dap sendiri. […]

» Read more

Tindakan AMLA Ke Atas Najib Tidak Tepat

KUALA LUMPUR, 24 Okt – ‘Tindakan AMLA ke atas Najib Tidak Tepat.’ Itulah maklum Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang melihat pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di mahkamah. semalam. Berikut adalah ringkasan yang telah ditulis oleh Puad berdasarkan kepada perkembangan semasa kes tersebut: 1. Pihak Peguambela dalam penggulungan hari […]

» Read more

Penyebaran Komik Propaganda ‘Kebetulan Yang Dirancang’ – Dr Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyebaran buku komik propaganda yang mempromosikan idealogi komunis bukanlah sesuatu kebetulan sebaliknya ia adalah ‘kebetulan yang dirancang’. Jelas beliau, perkara ini pastinya telah dirancang dengan teliti oleh seseorang. “Walaupun Menteri Pendidikan berlainan parti dan secara politiknya saya tidak patut menyokong kenyataan beliau tetapi berlandaskan kepada kebenaran, […]

» Read more

Bajet 2020 Tidak Ada Suntikan Keyakinan Dan Semangat Untuk Sabah Sarawak

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melihat tidak ada satu pengumuman yang boleh memberikan semangat atau yang boleh memberikan keyakinan bahawa masa depan Negeri Sabah dan Sarawak lebih cerah di bawah Pakatan Harapan (PH) menerusi Bajet 2020 yang dibentangkan. Malah kata beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tuaran, pembayaran royalti serta keputusan […]

» Read more

Sidang Parlimen: Jelutong Berkali-kali Langgar Peraturan Tapi Bebas…

KUALA LUMPUR – “Jelutong hampir setiap hari buat pernyataan yang bertentangan dengan Perkara 36(4) 36(6) di dalam Dewan… tidak pernah diambil tindakan tetapi bila pembangkang, sudah minta maaf dan tarik balik pun kena keluar Dewan,” luah Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata demikian mengulas tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang dilihat berat […]

» Read more

Kempen ‘Tabur Dedak’ Awal ‘Beli Jiwa’ Demi Undi Di PRK Tanjung Piai – Anuar

SEKIJANG, 23 Okt – Kempen ‘tabur dedak’ awal ‘beli jiwa’ demi undi telah bermula di Tanjung Piai… itu kesimpulan yang dibuat oleh Naib Ketua UMNO Sekijang, Anuar Abd Manap. Beliau berkata demikian melihat kepada ‘trend’ pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang telah mula memberikan pelbagai peruntukan di Tanjung Piai. “Kalau kita lihat, sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah, apabila ada pilihan raya, […]

» Read more
1 … 2,298 2,299 2,300 2,301 2,302 … 2,524