Tindakan AMLA Ke Atas Najib Tidak Tepat

KUALA LUMPUR, 24 Okt – ‘Tindakan AMLA ke atas Najib Tidak Tepat.’ Itulah maklum Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang melihat pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di mahkamah. semalam.

Berikut adalah ringkasan yang telah ditulis oleh Puad berdasarkan kepada perkembangan semasa kes tersebut:

1. Pihak Peguambela dalam penggulungan hari terakhir kes SRC mempersoalkan tindakan Peguam Negara menggunakan Akta AMLA untuk mendakwa Ds Najib.

2. Menurut Tan Sri Shafie Abdullah, AMLA adalah satu akta di mana transaksi kewangan berlaku untuk tujuan “Unlawful Activities” dan “Predicate Offences”.

3. Menurut kamus Undang Undang, “Predicate Offence” is usually used in referenced to terrorism financing activities. Ini termasuk blackmail, extortion, illegal betting, counterfeiting dan fraud.

4. Manakala definisi “Unlawful Activities” ialah perbuatan jenayah yang bertentangan dengan Undang Undang.

5. Soalnya, apakah Najib terlibat dengan unlawful activities dan predicate offence. Kalau ye, kenapa beliau tidak didakwa atas kes tersebut.

6. Manakala seorang lagi Peguambela Najib, iaitu Harvinderjit Singh berhujah Najib tidak membuat laporan Polis apabila mengetahui sebanyak RM42 Juta dimasukkan ke dalam akaun beliau, kerana Polis sudah memulakan penyiasatan setelah ianya didedahkan oleh Sarawak Report.

7. Tujuan laporan Polis ialah supaya kes itu disiasat. Oleh kerana Polis sudah memulakan penyiasatan, Maka tidak wajar Najib membuat laporan Polis kerana menurut beliau ia boleh “tampering” siasatan Polis.

8. Justeru pihak Pembela memohon supaya Najib tidak perlu dipanggil untuk membela diri. Ia akan diputuskan oleh Hakim Mohd Nazlan pada 11.11.2019.

9. Sebelum itu seperti biasa Najib tetap menjadi tumpuan orang ramai yang berada di Mahkamah. Sekumpulan pelajar Taylor College memohon untuk bergambar dan berselfie bersama Najib. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.