PH Yang Cipta Masalah Jadi Pandai-Pandailah Selesaikan – Tajuddin

KUALA LUMPUR, 24 Okt – “Masalah ini dicipta oleh Pakatan Harapan (PH) dan Tun (Tun Dr. Mahathir Mohamad) jadi pandai-pandailah dia selesaikan,” ujar Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Rahman.

Beliau berkata demikian mengulas isu India berkemungkinan boikot membeli minyak sawit daripada Malaysia kerana marah dengan ucapan Perdana Menteri itu di Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini.

“Apa yang Tun cakap sebenarnya ada benarnya tapi kerajaan harus nyatakan apa pendirian mereka sebenar dan ia harus dinyatakan secara baik agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

“Sekiranya India benar-benar boikot dari membeli minyak sawit kita maka ini akan membawa masalah kepada pekebun tempatan,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Tajuddin yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas, kerajaan harus memikirkan jalan penyelesaian segera agar masalah ini tidak berlarutan.

Untuk rekod, Tun ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB bulan lalu menggesa India mematuhi resolusi PBB berkenaan wilayah itu dan kenyataan itu membangkitkan kemarahan di India.

Ekoran daripada itu juga, pengusaha minyak sawit India berhasrat untuk memboikot daripada membeli pengeluaran minyak sawit Malaysia.

Selain itu natizen India juga melancarkan #BoycottMalaysia dan ia menjadi trendding di Twitter. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.