Jaminan Kerja Orang Muda Antara Tawaran Baru Kerajaan Alternatif Kepada PH – Shahril

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan hari ini mencadangkan agar tawaran baru atau ‘new deal’ segera dilontarkan agar ianya dapat diperhalusi oleh rakyat di luar sana terutama anak-anak muda menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Menurut beliau antara cadangan berkenaan adalah menawarkan satu program jaminan kerja kepada semua golongan muda dan setiap daripada mereka […]

» Read more

Ahmad Maslan Gamatkan Ucapan Penggulungan Pemuda Dengan Pantun Sensasi

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggamatkan Dewan Merdeka pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO dengan pantunnya selain kepetahan beliau yang sering menggunakan akronim. Pantang bukan sebarang pantang, Pantang pertiwi dicabar tangan; Datang bukan sebarang datang, Datang ke sini demi perjuangan. Jika tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan; Jika tidak […]

» Read more

Wanita UMNO Tekad Terus Bekerja, Santuni Rakyat, Dekati Pengundi Untuk PRU15

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad menegaskan Wanita perlu terus bekerja, santuni rakyat dan dekati pengundi tanpa ada masa untuk dibuai kemenangan lantaran perlu bersiap sedia seolah-olah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan esok. Katanya, biarpun 2019 yang hampir melabuhkan tirainya meninggalkan kenangan manis sebagai pembalut luka selepas 2018 meninggalkan kenangan pahit […]

» Read more

Berjuanglah Demi Keikhlasan Demi Agama, Bangsa, Tanah Air – Yusnaliza

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Pembahas Usul Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO Malaysia dari Kedah, Yusnaliza Ahmad berkata sebagai sayap paling bongsu dalam UMNO perlu tahu dan sedar sejarah perjuangan UMNO walaupun sering kali diingatkan dan inilah parti yang mampu menjaga bangsa, agama dan tanah air. Katanya, keikhlasan ahli dalam memperjuangkan parti adalah sangat penting dan bukannya mengharapkan ada ‘sesuatu’ […]

» Read more

Pentadbiran Kerajaan PH Perak Lumpuh, Ibarat Gerabak Keretapi Tanpa Kepala

IPOH, 5 Dis – Kerajaan Perak di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mencipta sejarah apabila jentera pentadbiran lumpuh akibat ketiadaan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pegawai Kerajaan Negeri. Dalam satu kenyataan bersama UMNO dan PAS Perak berkata ketiadaan dua timbalan SUK seorang sedang berkursus di luar negara dan seorang lagi sedang bercuti sakit, menjadikan kerajaan Perak ibarat gerabak keretapi yang […]

» Read more

UMNO Sabah Tidak Kalah Tapi Dikhianati – Hazulizah

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Pembahas Jurucakap Usul Pergerakan Puteri UMNO bagi Negeri Sabah, Hazulizah Mohd Dhabi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) Sabah tidak kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu sebaliknya dikhianati. Katanya, rakyat sudah memutuskan memilih BN tapi juga dikhianati oleh mereka yang diamanahkan. “Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14, BN Sabah tidak kalah, kami tidak kalah… tetapi […]

» Read more

Tema UMNO Sebuah Perjuangan Benar-benar Terbukti – Perwakilan

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli sama ada dari akar umbi sehingga kepimpinan dan juga rakyat negara ini. Tinjauan UMNO-Online mendapati rata-rata dari kalangan perwakilan UMNO merasa amat teruja kerana dapat menghadiri PAU bagi tahun ini. Bagi Ketua Wanita UMNO Bahagian Jempol, Faezah Osman, percaya keterujaan akar umbi yang hadir […]

» Read more

UMNO Tidak Boleh Harapkan Kelemahan Pakatan Harapan Semata-Mata – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 5 Dis – UMNO tidak boleh terus mengharapkan kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat dan rakyat hari ini telah sedar siapa sebenarnya Pakatan Harapan (PH). Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Akmal Salleh berkata namun begitu rakyat masih lagi menunggu apa perubahan dan pembaharuan termasuklah apakah tawaran yang dibuat setelah menjadi pembangkang sebelum boleh diberikan […]

» Read more

Wanita Akan Bangkit Mantapkan Roh Perjuangan – Pembahas

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Pembahas bagi Usul Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO Malaysia (Politik) Noriah Hj Ab Rahman berkata, Wanita akan bangkit memantapkan roh perjuangan kerana tidak mampu lagi mengenang nasib bangsa Melayu umat Islam yang terus dicampak ditempat yang hina. Jelas beliau, Wanita tidak mampu tidur lena sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah dan kerana itulah tangan yang menghayun […]

» Read more

Mahasiswa Cabar PH Laksana Sesuatu Lebih Baik Daripada Kerajaan Terdahulu

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Wakil Mahasiswa, Muhammad Irfan Fikri Abd Rahman mencabar kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar melakukan sesuatu yang terbaik daripada kerajaan sebelum ini dan bukan hanya sibuk dengan perkara remeh-temeh. Menurut beliau cabaran berkenaan adalah untuk memastikan anak-anak muda khususnya dapat melihat masa depan yang jelas terutama berkaitan perancangan serta pelaksanaan kerajaan hari ini. “Setelah kejatuhan BN pada […]

» Read more
1 2,072 2,073 2,074 2,075 2,076 2,406