Mohd Zaidi Tekad Terus Manfaatkan Baki Tempoh Baki Berkempen

TANJUNG MALIM, 25 Ogos – Tempoh berkempen yang berbaki tiga hari bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz bertekad akan menggunakan sepenuhnya segala ruang yang ada untuk terus merayu para pengundi bagi mengundinya Sabtu ini.

Malah pada masa yang sama beliau turut percaya jentera parti pelbagai peringkat akan terus melipatgandakan usaha untuk mengenalpasti pengundi dan apa yang utama ialah pada hari pembuangan undi nanti.

‘’Saya cukup yakin dan percaya dengan komitmen seluruh jentera parti, insya-Allah saya berusaha akan terus mendekati pengundi di sini dan sehingga tempoh kempen berakhir. Harapan saya agar pengundi dapat memberikan undi kepada saya dan harap kita oleh keluar beramai-ramai Sabtu ini.

‘’Kepada ibu-ibu dan ayah-ayah yang ada di sini saya merayu agar masing-masing telefon anak-anak di luar sana untuk balik mengundi. Tinggal lagi empat hari untuk mengundi dan Jumaat malam mereka dapat bersama keluarga dan pagi selepas sarapan insya-Allah keluar ramai-ramai mengundi pada awal pagi,’’ katanya pada majlis ramah mesra di Pusat Daerah Mengundi ({PDM) Trolak Utara.

Pada masa yang sama beliau turut mengharapkan agar jentera parti membuang undi terlebih dahulu pada awal pagi bagi mengelakkan keciciran untuk mengundi pada saat-saat akhir.

‘’Kepada jentera pelbagai peringkat pula kita jangan lupa untuk keluar mengundi terlebih dahulu sebab ada sebelum ini jentera terlupa untuk mengundi setelah masing-masing sibuk melaksanakan tanggungjawab pada hari pengundian.

‘’Apa pun saya yakin dan percaya kekuatan yang ada pada jentera parti mampu untuk mengeluarkan seramai mungkin pengundi. Yang lepas ada cabaran dan kali ini apabila bersama dengan rakan-rakan lain insya-Allah akan membuahkan hasil pada Sabtu ini,’’ ujarnya lagi. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.