Untuk Kerajaan Stabil, Jadilah Orang Yang Setia Pada Parti – Norsabrina

ALOR SETAR, 25 Ogos – Tauladan dari ekonomi yang tidak stabil jadilah orang yang setia pada parti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Beliau berkata demikian berikutan kebimbangan yang disuarakan oleh beberapa ADUN pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang berlangsung hari ini.

“UMNO tinggal dua ‘ketul’ saja iaitu Sungai Tiang dan Bandar Baharu… kami jadi setia pada parti lama-lama jadi kerajaan semula,” katanya.

Mei lalu dua ADUN Kedah dari PKR mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) yang mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri terbabit tumbang.

Mereka adalah ADUN Lunas Azman Nasrudin, dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee.

Terdahulu Norsabrina memaklumkan menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dibuat oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2019 menyaksikan bahawa Negeri Kedah banyak ketinggalan.

“Banyak yang Kedah tertinggal, hanya dipadankan ekonomi logistik dan tidak ada dalam ekonomi digital yang dilepaskan kepada negeri lain, hub industri negeri pun diberi kepada negeri lain.

“Ini perlu diambil semula oleh Negeri Kedah untuk memperhebatkan usaha dan gerak kerja dan jangan beri Kedah tertinggal lagi ekonomi digital ini,” katanya dalam perbahasan usul menjunjung kasih di sini.

Tegasnya, ekonomi digital ini merupakan segmen paling penting dalam perniagaan dan perdagangan sekarang di tambah dengan pandemik COVID-19 yang memerlukan kepatuhan SOP yang sangat ketat.

“Justeru, saya meminta kerajaan negeri untuk membuat rundingan semula dengan kerajaan Persekutuan agar Negeri Kedah tersenarai dalam aktiviti Ekonomi Digital Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 tersebut.”

Ini kerana katanya, ruang ekonomi digital wajar dimanfaatkan sepenuhnya sebagai citra ekonomi baharu kepada rakyat. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.