Kempen Rumah Ke Rumah: Mohd Zaidi, Puteri UMNO Dapat ‘Feedback’ lebih Dekat

TANJUNG MALIM, 25 Ogos – Puteri UMNO bersama jentera tempatan pelbagai peringkat hari ini giat mempromosi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz dari rumah ke rumah dalam usaha membantu kemenangan BN 29 Ogos nanti.

Puteri UMNO yang diketuai Datuk Zahida Zarik Khan bersama calon BN, Mohd Zaidi Aziz mengaplikasi merayu pengundi dari rumah ke rumah agar membuat keputusan yang tepat dengan memilih BN Sabtu ini.

Zahida Ketika ditemui UMNO-Online berkata kempen pergerakan itu pada PRK DUN Slim berjalan lancar dan rata-rata pengundi ditemui khususnya pengundi muda memberikan ‘feedback’ (maklum balas) sangat positif kepada calon BN, Mohd Zaidi.

“Macam pagi tadi kami ke Felda Trolak Utara, mereka mengatakan orang kampung kita… kenal calon BN ini… jadi kita rasa tidak susah untuk ‘jual’ mahupun promosi calon kita ini dan ditambah latarbelakang yang mempunyai pakej tersendiri.

“Apabila pergi berkempen orang-orang di sini mengatakan kenal dan Alhamdulillah ini yang kita mahukan… sebab itu saya yakin pengundi akan membuat keputusan tepat dengan memilih Mohd Zaidi Sabtu ini,’’ katanya.

Terdahulu beliau bersama calon dan jentera setempat mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Wira, Pekan Slim, di sini, hari ini.

Zahida seterusnya menambah kempen rumah ke rumah dilihat lebih berkesan apabila dapat bersemuka dengan lebih dekat bersama dengan pengundi setempat.

“Dengan cara ini sudah pasti sedikit sebanyak akan memberikan petunjuk arah sebenar pengundi untuk membuang undi Sabtu ini. Apa pun kepada para pengundi kami merayu tolong keluar mengundi calon BN, Mohd Zaidi Aziz,’’ ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.