‘Kantoi’ RM6.61 Bilion Projek ‘Direct Nego’… Telus, Bebas Rasuah Wayang PH – Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan yang kononnya telus, bebas rasuah sebenarnya wayang semata-mata apabila ‘kantoi’ meluluskan 101 projek perolehan berjumlah RM6.61bilion yang ditawarkan oleh kerajaan secara ‘direct-nego’ (rundingan terus), bidas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Katanya, ini merujuk kepada perkara yang didedahkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz di Dewan Rakyat pada Isnin.

“Jelas terbukti segala tuduhan PH terpadap UMNO Barisan Nasional (BN) sebelum ini hanyalah propaganda jahat dan fitnah semata-mata untuk menutup kejahatan mereka sendiri.

“PH lah ‘Perompak’ sebenar selepas banyak siri salahlaku termasuk penggadaian aset aset Tabung Haji sebelum ini dan banyak lagi,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru itu tambahnya, Puteri UMNO mendesak agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat agar sebarang penyelewengan dapat dibongkarkan buat pengetahuan rakyat.

“Puteri UMNO juga menggesa pihak Kerajaan agar mendedahkan kepada umum senarai 101 projek yang terbabit agar rakyat dapat mengetahui hakikat sebenar rompakan besar sepanjang 22 bulan PH di Putrajaya,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.