Ulang Dan Terus Ulang… Jangan Silap Pilih, Jadikan Kerajaan Sabah Sehaluan Dengan Persekutuan

SEPANGGAR, 22 Sept – Rakyat Sabah khususnya kalangan pengundi sekali lagi diingatkan agar jangan silap memilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept nanti kerana berdasarkan Aku Janji Barisan Nasional (BN) serta rakan gabungannya yang lain telah sama-sama bertekad untuk memastikan agenda rakyat Sabah terus menjadi keutamaan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata di dalam Aku Janji […]

» Read more

Pengundi Karambunai Sedar Yang Ditolak Dulu Permata, Yang Dikejar Selama Ini Kaca

SEPANGGAR, 22 Sept – Tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh berkempen yang akan berakhir pada 25 Sept ini, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sepanggar, Senator Datuk Yaakub Khan yakin pengundi di kawasan tersebut sudah sedia untuk bersama-sama menjayakan slogan ‘ubah balik’. Ini kerana katanya pengundi telah menyedari bahawa apa yang mereka buang pada Pilihan Raya Umum (PRU) […]

» Read more

Hina Anggota Keselamatan Alasan Kukuh Pengundi Awal Tolak Warisan – Noraini

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, penghinaan terhadap warga keselamatan negara seharusnya menjadi alasan paling kukuh untuk para pengundi awal yang melibatkan 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis menolak parti Warisan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ujar beliau, walaupun Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi telah memohon maaf tetapi […]

» Read more

Pengundi Diseru Tolak Semua Calon Warisan

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim menyeru semua pengundi di Sabah menolak sama sekali calon Warisan di Sabah ekoran kenyataan melampau penimpin parti itu terhadap anggota keselamatan negara. Ini tegasnya berikutan kenyataan calon Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Mohamaddin Ketapi, yang menyifatkan peristiwa di […]

» Read more

Tidak Ada Makna Permohonan Maaf Mohamaddin Ketapi, Wajib Ditolak – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Sept. – “Tidak ada makna permohonan maaf Mohamaddin Ketapi, calon Warisan DUN (Dewan Undangan Negeri) Segama yang menghina 12 orang wira negara, tentera dan polis,” bidas Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata demikian susulan permohonan maaf Mohamaddin kepada anggota keselamatan berhubung video mempersenda mereka yang tersebar sebelum ini. “Sebagai […]

» Read more

Pemuda UMNO Sabah Kecam Kenyataan Berbaur Hasutan Mohamaddin, Gesa Tindakan Diambil

LAHAD DATU, 21 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah dan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah mengecam kenyataan berbaur hasutan yang telah dikeluarkan oleh Mohamaddin Ketapi, calon Warisan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama yang telah menghina juga memperlekeh perjuang-pejuang keselamatan negara yang telah berkorban mempertahankan kedaulatan rakyat Negeri Sabah pada peristiwa Tanduo, Lahad Datu. Sehubungan itu, laporan polis telah […]

» Read more

Hina Anggota Keselamatan: Melampau Dan Keterlaluan – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Wanita UMNO Malaysia mendesak Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian Lahad Datu. Ujar Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad, apa yang diucapkan oleh Mohamaddin ketika berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah sesuatu yang keterlaluan dan melampau. “Wanita UMNO berasa kesal dengan ucapan […]

» Read more

Hina Warga Keselamatan Pertahan Kedaulatan Tanah Air Perbuatan Yang Tak Boleh Dimaafkan, Tegas Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Menuduh dengan sewenang-wenangnya bahawa peristiwa pencerobohan di Tanduo pada tahun 2013 adalah ‘sandiwara’ merupakan penghinaan nyata Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi kepada seluruh rakyat Sabah khususnya anggota keselamatan yang terdiri daripada pelbagai agensi, kata Menteri Pertahanan yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dalam peristiwa tersebut ujar Naib Presiden UMNO […]

» Read more

Tolak Mereka Yang Hina Anggota Keselamatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi merasa kesal dengan kenyataan calon Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi yang mempersendakan tragedi Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 di dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. “Kenyataan calon Warisan ini menghina dan tidak menghormati pengorbanan anggota pasukan keselamatan dari seluruh […]

» Read more

Perketatkan Kawalan Keselamatan, Elak Ancaman Masa Pengundian – Bung Moktar

TAWAU, 21 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta pasukan keselamatan memperketat kawalan di kawasan sempadan negeri itu susulan ada maklumat rakyat negara jiran mahu membuat kekacauan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 Sept ini. Beliau berkata langkah keselamatan itu bagi mengekang sebarang cubaan pembolosan pihak asing atau jenayah rentas sempadan […]

» Read more
1 … 2,045 2,046 2,047 2,048 2,049 … 2,528