Pengundi Karambunai Sedar Yang Ditolak Dulu Permata, Yang Dikejar Selama Ini Kaca

SEPANGGAR, 22 Sept – Tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh berkempen yang akan berakhir pada 25 Sept ini, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sepanggar, Senator Datuk Yaakub Khan yakin pengundi di kawasan tersebut sudah sedia untuk bersama-sama menjayakan slogan ‘ubah balik’.

Ini kerana katanya pengundi telah menyedari bahawa apa yang mereka buang pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu adalah sebenarnya permata dan apa yang mereka kejar pada ketika itu rupa-rupanya kaca yang dapat dilihat hari ini.

Optimis dengan apa yang dilontarkan itu, Yaakub yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Sabah berkata pengundi di kawasan tersebut merasa tertipu dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh pihak kerajaan Warisan khususnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Pada waktu itu mereka menjanjikan bulan dan bintang namun rakyat di kawasan Karambunai hari ini sedar apabila yang mereka buang itu adalah permata dan yang mereka kejar ini rupanya kaca dan disebabkan itu mereka rasa kesal serta memberikan inspirasi kepada mereka untuk ubah balik,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau ditemui ketika mengadakan ‘walkabout’ dan ziarah kasih sekitar Pusat Daerah Mengundi (PDM) Indah Permai, di sini,

Apa yang menariknya sepanjang ‘walkabout’ itu pelbagai ragam dan gelagat orang ramai dan penduduk setempat dapat dilihat semasa tinjauan krew UMNO-Online yang rata-rata ingin melihat Yaakub mencapai kemenangan Sabtu ini.

Semasa minum pagi di sebuah kedai sebelum ‘walkabout’,  turut mencuri tumpuan apabila Yaakub secara kebetulan terserempak dengan calon daripada USNO, Ibrahim Linggam yang kemudiannya bersembang dengan penuh mesra. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.