Berilah Tambahan RM1,000 Kepada Setiap Penerima BPN Sabah – Najib

KUALA LUMPUR, 21 Okt- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata seramai 737,797 rakyat Sabah dari golongan B40 dan M40 telah diluluskan bantuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun ini. Katanya, ianya tidak keterlaluan untuk kerajaan tambah bantuan tunai RM1,000 khusus bagi penerima BPN Sabah. “Sabah paling terkesan dalam gelombang ketiga COVID-19. Lebih 70 peratus kes COVID-19 […]

» Read more

UMNO Mesti Jadi ‘Champion’ Isu Rakyat – Amin

DAMANSARA, 21 Okt – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Amin Shukor berkata, situasi politik masa kini seharusnya dimanfaatkan oleh UMNO kerana secara keseluruhannya ia memberi banyak ruang dan peluang untuk UMNO dilihat lebih mendahulukan rakyat. Jelas beliau, lebih tepat lagi adalah, ini masanya untuk UMNO menjadi ‘champion’ (juara) terhadap isu-isu yang berkaitan rakyat jika diberikan fokus yang lebih terperinci. […]

» Read more

COVID-19: Mampukah Kita Bertahan, Adakah Keadaan Akan Menjadi Lebih Baik? – Salleh

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengandaikan jika menjelang tahun hadapan negara berjaya menemui vaksin untuk COVID-19 dan kehidupan rakyat kembali kepada sedia kala, sudah pasti akan mengambil masa bertahun-tahun untuk memulihkan kembali ekonomi negara ini. Katanya, pakar-pakar menjangkakan kemelesetan ekonomi global akibat pandemik COVID-19 ini adalah lebih teruk daripada […]

» Read more

UMNO, Pas Selangor Sokong Penuh Pendaftaran Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menyokong penuh keputusan pimpinan tertinggi parti itu untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi. Dalam satu kenyataan bersama kepemimpinan gabungan itu juga sepakat memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti. […]

» Read more

Muafakat Nasional Platform Terbaik, Peneraju Muafakat Suara Ummah, Rakyat – Pemuda UMNO, PAS Selangor

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Dewan Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menyokong penuh usaha dalam memperteguh muafakat dan memperkukuhkan perpaduan menerusi pendaftaran Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia sebagaimana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Agung kedua-dua parti menerusi kenyataan media pada hari ini. Dalam satu kenyataan bersama Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Ustaz Hanafi Zulkapli dan […]

» Read more

Muafakat Nasional Pemangkin Suntik Kesedaran Politik Anak Muda – Afif

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Muafakat Nasional bukan hanya menyatukan dua parti dominan Melayu Islam di Malaysia tetapi perlu digemblengkan menjadi pemangkin menyuntik kesedaran politik anak muda bahawa agenda ke depan adalah lebih besar. Justeru bagi Exco Pemuda UMNO, Afif Farhi Othman berharap proses pendaftaran Muafakat Nasional yang dirancang oleh kedua-dua parti iaitu UMNO dan PAS dipermudahkan. “Moga Allah pelihara […]

» Read more

1 Nov Sambutan Genap Setahun Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Setiausaha Agung I Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa berkata sambutan genap setahun MN dijangka akan disambut pada 1 Nov depan. Ujarnya dalam satu ciapan di Twitter, urus setia telah diarahkan untuk menyusun program secara norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya. “Insya-Alah sambutan genap setahun MN bakal disambut 1hb November jam […]

» Read more

Gangguan Air 18 Kali, 18 Kali Peluang MB Selangor Hidu Air, Sinis Najib

KUALA LUMPUR, 20 Okt – “Syukur! Gangguan air di Selangor sebanyak 18 kali sejak bulan Mac sehingga kini memberi peluang kepada MB (Menteri Besar-Datuk Seri Amirudin Shaari) untuk hidu air 18 kali. “CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Air Selangor selamba sahaja,” sinis Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak dalam satu hantaran di Facebook. Saran Perdana Menteri Keenam itu, sepatutnya Air […]

» Read more
1 … 2,026 2,027 2,028 2,029 2,030 … 2,528