12 Tahun PH Gagal Selesai Isu Air Selangor… ‘Enough Is Enough’ – Armand

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, rakyat harus membuka mata akan kegagalan Pakatan Harapan (PH) yang gagal menyelesaikan masalah air selama 12 tahun. Ujar beliau, permasalahan yang berlarutan ini juga adalah bukti permainan politik kotor PH yang sanggup menyisihkan kepentingan rakyat hanya kerana kuasa. “kerajaan PH adalah kerajaan yang gagal. […]

» Read more

Terima Pelantikan Sebagai Bendahari BN, Amanah Besar Untuk Digalas, Kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dengan penuh rasa rendah hati dan atas dasar tanggungjawab serta penghormatan yang tidak berbelah bahagi terhadap setiap parti komponen Barisan Nasional (BN), beliau menerima pelantikan sebagai Bendahari BN yang baharu. Ahli Parlimen Sembrong itu juga sedar, ia merupakan amanah besar yang mesti digalas dengan ikhlas dan sepenuh […]

» Read more

Hard Truth: PH Suka Politikkan Semua Isu Termasuk Air, Rakyat Tanggung Natijah – Rizam

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Ketua Pembangkang Negeri Selangor Rizam Ismail berkata, masalah air yang semakin kritikal ini terjadi akibat sikap Pakatan Harapan (PH) yang sentiasa mempolitikkan isu walaupun ia adalah demi kepentingan rakyat. Ujar beliau, ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri Selangor, pelbagai cara telah mula dilakukan bagi mengatasi masalah air yang dijangka bakal berlaku pada 2014 namun selepas […]

» Read more

Rombakan Kecil Organisasi BN, Hishammuddin Bendahari – Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan satu rombakan kecil dalam kepimpinan BN iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik selaku Bendahari Agung BN yang baharu. Katanya, rombakan ini dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN. “Dengan ini saya telah melantik YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein […]

» Read more

Gencatan Politik Utamakan Keluh Kesah Rakyat, Henti Ketidaksefahaman Demi Negara – Jazlan

KUALA LUMPUR, 23 Okt – UMNO Kelantan melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dengan ‘political ceasefire’ atau gencatan politik adalah suatu yang tepat pada masa ini. Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata semua pihak wajib mengetepikan ketidaksefahaman politik kerana Malaysia pada ketika ini sedang menghadapi masalah yang lebih besar daripada isu politik […]

» Read more

Redakan ‘Political Climate’: Gencatan Politik Demi Kestabilan Dan Kepentingan Rakyat

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah menyambut baik dan memberi sokongan penuh terhadap kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan gencatan politik, demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat. Pengerusinya Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sesungguhnya ia adalah satu keputusan bertanggungjawab dan bijaksana supaya memastikan kerajaan mempunyai ruang yang cukup untuk memberi […]

» Read more

Henti Politiking… Fokus Atasi Covid 19 Dan Pemulihan Ekonomi

KOTA KINABALU, 23 Okt – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi agar gencatan politik dilakukan bagi memberikan tumpuan membantu usaha-usaha kerajaan menangani penularan Pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara. Beliau  berkata semua pihak perlu berkerjasama dengan  kerajaan bagi memberikan  fokus terhadap  kesihatan dan keselamatan  rakyat dengan menggandakan usaha bagi […]

» Read more

Puteri UMNO Saran Kerajaan Utamakan Rakyat Teramai, Berbanding Syarikat Persendirian

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Laporan berkaitan kerajaan telah meluluskan RM1 billion suntikan modal pada 13 Okt lepas kepada syarikat penerbangan Air Asia tapi tetap berdiam diri apabila persoalan diajukan adakah pertolongan yang sama akan diberikan kepada MAS menimbulkan persoalan. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan menimbulkan persoalan kenapa hal sedemikian berlaku? “Alangkah baik, jika wang ini […]

» Read more

COVID-19: Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 Ditangguh

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 ditangguhkan kerana wabak COVID-19. Berkaitan hal ini, beliau merujuk kepada Fasal 8.2 Perlembagaan UMNO yang berbunyi “Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada […]

» Read more

Pendaftaran Muafakat Nasional Tepat Demi Rakyat Serta Kestabilan Politik – Fadzli

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Pendaftaran secara rasmi Muafakat Nasional (MN) merupakan keputusan paling tepat demi kebaikan rakyat serta kestabilan politik di negara ini. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata ia juga adalah satu keputusan yang ditunggu-tunggu kerana menyatukan dua parti terbesar orang Melayu di negara ini. Menurut beliau, apa yang diumumkan oleh pucuk pimpinan kedua-dua parti […]

» Read more
1 … 2,024 2,025 2,026 2,027 2,028 … 2,528