Muafakat Nasional Pemangkin Suntik Kesedaran Politik Anak Muda – Afif

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Muafakat Nasional bukan hanya menyatukan dua parti dominan Melayu Islam di Malaysia tetapi perlu digemblengkan menjadi pemangkin menyuntik kesedaran politik anak muda bahawa agenda ke depan adalah lebih besar.

Justeru bagi Exco Pemuda UMNO, Afif Farhi Othman berharap proses pendaftaran Muafakat Nasional yang dirancang oleh kedua-dua parti iaitu UMNO dan PAS dipermudahkan.

“Moga Allah pelihara ukhwah dan silaturrahim antara pimpinan serta ahli UMNO dan PAS. #HPU914 adalah sejarah yang amat sukar untuk diulang kembali sekiranya perpecahan terjadi lagi,” katanya dalam satu catatan di facebook.

Afif seterusnya menambah soal keberadaan PAS di dalam Perikatan Nasional biarlah pucuk pimpinan mereka yang akan memutuskannya.

UMNO pula tambahnya lagi kekal bersama Barisan Nasional (BN) dan beriltizam untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional.

“Generasi muda hari ini kurang ambil peduli hal politik bahkan jelek dan membenci para pencatur politik yang lebih mementingkan diri.

“Sedangkan ianya merupakan satu tanggungjawab yang perlu dihayati. Ditambah dengan proses liberalisasi politik kini telah menghadirkan pelbagai alternatif untuk anak muda memilih telah memungkinkan ‘kesetiaan’ bukan lagi ukuran,” katanya.

Dilaporkan  hari ini kepimpinan UMNO dan PAS telah bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini kepimpinan Muafakat Nasional telah bersepakat secara bersama untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

 

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.