Sokong Gencatan Politik… Tolak Kerjasama Anwar-Dap Jatuhkan Kerajaan, Fokus Bantu Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang bermesyuarat secara atas talian pada malam tadi telah memutuskan beberapa ketetapan yang antaranya menyokong gencatan politik. Berikut ialah keputusan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia: 1. Menyokong gencatan politik (political ceasefire) sebagaimana yang disarankan Presiden UMNO, […]

» Read more

Agenda Pendamaian Nasional Perlu Direalisasikan Semua Ahli Politik – Rizam

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Pemuda UMNO Selangor menyeru semua ahli politik agar sama-sama merealisasikan Agenda Pendamaian Nasional demi negara dan juga rakyat. Ketuanya, Rizam Ismail berkata, hal ini selaras dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menyambut baik Agenda Pendamaian Nasional (National Reconcilation) demi rakyat. “Sudah tiba masanya untuk ahli politik kesemua parti fokus dalam agenda membantu rakyat yang […]

» Read more

Gencatan Politik… Kestabilan Politik Demi Kepentingan Rakyat – Wan Rosdy

KUANTAN, 22 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan perlunya gencatan politik (political ceasefire) pada waktu ini harus dipertimbangkan secara serius oleh semua pihak. Tegasnya, ini memandangkan kadar penularan wabak COVID-19 meningkat secara mendadak di seluruh negara. “Sebagai rakyat Malaysia, […]

» Read more

Sidang Media Harian COVID-19 Penting… Tak Nak Tengok Tutup TV – Najmil

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH) Hannah Yeoh ekoran menggesa sidang harian Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan COVID-19 dihentikan. Tegas Dr Najmil, sidang media ini penting untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat kerana penularan wabak ini tidak statik dan berubah setiap masa. […]

» Read more

Gencatan Politik Tindakan Tepat Demi Rakyat, Negara Dan Ekonomi – Adzly

KUALA LUMPUR, 22 Okt- Setiausaha Agung Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota (PERKATA) Adzly Ab Manas menyokong tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengenakan gencatan politik demi menjaga kesejahteraan rakyat. Katanya, masa inilah UMNO harus turun padang memberi ‘kasih sayang’ kepada ahli-ahli parti dan juga rakyat Malaysia yang merealitikan bahawa UMNO ialah parti yang mementingkan rakyat. “Saya mengalu-alukan […]

» Read more

Gencatan Politik Usaha Drastik Pemulihan Negara, Fokus Untuk Rakyat – Tengku Haphiz

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyambut baik hasrat parti bagi mengenakan gencatan politik dan memberi fokus kepada usaha perihal kepentingan rakyat. Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggambarkan parti terus konsisten membela rakyat. Menurut beliau walaupun […]

» Read more

Sampai Bilakah Warga Lembah Klang Terus Berdepan Masalah Air? – Norshida

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Wanita UMNO hari ini mempersoalkan sampai bilakah masalah air melanda warga Lembah klang yang hingga kini berterusan dan sampai bilakah titik noktah kepada penyelesaian masalah terbabit akan menjelma. Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata di saat Selangor yang mengalami masalah bekalan air mentah yang kritikal, di saat itu juga pihak yang bertanggungjawab mengawal pencemaran memberikan […]

» Read more

Dakwaan “U Turn” Tidak Benar, UMNO Utamakan Rakyat Dan Negara Bukan Politik

KUALA LUMPUR, 22 Okt –  Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan wujudnya  mesyuarat selama empat jam sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘u-turn” melakukan genjatan politik menerusi satu kenyataan media semalam. Sambil menafikan perkara itu, Annuar juga berkata mesyuarat seperti yang didakwa berlaku itu juga tidak wujud. “Laporan itu jelas tidak […]

» Read more

Masa Untuk Bekerja, Tiada Waktu Berpolitik Demi Pastikan Rakyat Terbela – Hamild

TAWAU, 22 Okt – Biarpun musim pilihan raya telah berlalu dan penularan COVID-19 di Sabah dianggap meruncing, namun ini bukanlah masa untuk berpolitik, berdiam diri atau duduk di rumah sahaja sebaliknya usaha dimanfaatkan oleh anggota jentera Barisan Nasional (BN) untuk melunaskan tanggungjawab bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu rakyat. Bagi ADUN N67 Balung, Hamild @ Hamid Awang, gerakan […]

» Read more

Wanita UMNO Sambut Baik Hasrat Parti Lakukan Genjatan Politik

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Wanita UMNO Malaysia menyambut baik pendirian UMNO untuk melakukan gencatan politik (political ceasefire) bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat dapat ditangani dan diutamakan. Jelas ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad, keputusan pucuk pimpinan parti ini adalah tepat pada masanya kerana rakyat di kala ini bukan sahaja dibelenggu dengan masalah COVID-19 dan kenaikan kes yang […]

» Read more
1 … 2,025 2,026 2,027 2,028 2,029 … 2,528