Sidang Media Harian COVID-19 Penting… Tak Nak Tengok Tutup TV – Najmil

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH) Hannah Yeoh ekoran menggesa sidang harian Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan COVID-19 dihentikan.

Tegas Dr Najmil, sidang media ini penting untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat kerana penularan wabak ini tidak statik dan berubah setiap masa.

“Kalau tak nak dengar sidang media Menteri Kanan Keselamatan, tutup TV sahaja. Sidang media ini untuk menyampaikan perkembangan semasa penularan COVID-19.

“Kalau SOP tentang kerja bermasalah, tanyalah rakan lama kamu Azmin Ali di MITI. Tentang penjawat awam itu bidang kuasa JPA.

“Kalau tentang rak dan baju beliau pun Dap cemburu, itu bukan masalah Datuk Seri Ismail Sabri. Rakyat terhibur dengan penampilan beliau,” sindir beliau kepada Hannah Yeoh yang juga bekas Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK).

Dr Najmil juga turut memetik ayat bekas Menteri Pendidikan PH yang juga seorang pemimpin hebat: “Terima kasih bagi pandangan, tetapi anda bukan kerajaan”. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.