Agenda Pendamaian Nasional Perlu Direalisasikan Semua Ahli Politik – Rizam

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Pemuda UMNO Selangor menyeru semua ahli politik agar sama-sama merealisasikan Agenda Pendamaian Nasional demi negara dan juga rakyat.
Ketuanya, Rizam Ismail berkata, hal ini selaras dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menyambut baik Agenda Pendamaian Nasional (National Reconcilation) demi rakyat.

“Sudah tiba masanya untuk ahli politik kesemua parti fokus dalam agenda membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19 dari mensia-siakan kudrat dan tenaga dalam agenda perebutan kuasa yang tiada kesudahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, Pendamaian Nasional ini bukan sekadar melakukan ‘gencatan politik semata, malah kesemua ahli parti politik di Malaysia perlu bersama dalam memerah idea untuk membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat yang melanda kini.

“Kearah memakmurkan dan juga membantu meningkatkan ekonomi Negara, ‘Political Stability’ adalah salah satu faktor.

“Jika ‘Political Stability’ dapat dicapai, keyakinan pelabur untuk melabur juga meningkat dan ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan ekonomi negara malah pekerjaan kepada rakyat juga akan meningkat.

“Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu meredakan rakyat yang sentiasa resah dalam meneruskan hidup harian mereka,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.