Gencatan Politik… Kestabilan Politik Demi Kepentingan Rakyat – Wan Rosdy

KUANTAN, 22 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan perlunya gencatan politik (political ceasefire) pada waktu ini harus dipertimbangkan secara serius oleh semua pihak.

Tegasnya, ini memandangkan kadar penularan wabak COVID-19 meningkat secara mendadak di seluruh negara.

“Sebagai rakyat Malaysia, sokongan sepenuhnya harus diberikan kepada pihak Kerajaan Persekutuan Malaysia, supaya penularan wabak Covid-19 ini dapat dibendung, serta proses pemulihan ekonomi dan pembangunan negara dapat dipulihkan semula,” katanya yang juga Menteri Besar Pahang menerusi laman facebooknya berkaitan hal tersebut.

Dilaporkan, semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa UMNO melaksanakan gencatan politik bagi mendukung usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membantu rakyat dan negara mendepani pandemik COVID-19 serta kelembapan ekonomi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.