Puteri UMNO Saran Kerajaan Utamakan Rakyat Teramai, Berbanding Syarikat Persendirian

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Laporan berkaitan kerajaan telah meluluskan RM1 billion suntikan modal pada 13 Okt lepas kepada syarikat penerbangan Air Asia tapi tetap berdiam diri apabila persoalan diajukan adakah pertolongan yang sama akan diberikan kepada MAS menimbulkan persoalan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan menimbulkan persoalan kenapa hal sedemikian berlaku?

“Alangkah baik, jika wang ini dimanfaatkan kepada jutaan rakyat yang lebih memerlukan terutama krisis Covid 19 hari ini?

“Seharusnya diambil kira rakyat yang terkesan teruk kerana wang ini adalah wang rakyat?Jangan lah kita berpesta menolong segelintir perniaga-peniaga persendirian,” katanya dalam satu kenyataan berkaitan hal ini, menerusi laman facebooknya hari ini.

Ujarnya, ini selepas satu ‘bailout’ yang diluluskan terhadap Eco World yang juga dikuasai oleh ahli perniagaan persendirian dan melibatkan satu consolidasi atau pergabungan dengan UEM Sunrise, sabuah entiti yang dikuasai Khazanah Nasional.

“Yang lebih mendukacitakan adalah dikatakan Eco World akan mendominasi syarikat yang akan bergabung kelak.

“Khazanah yang secara efektif menguasai 77%, tetapi akan kehilangan majoriti selepas pergabungan ini kepada hanya 43%.

“Ini dengan jelas menunjukakn Eco World, sabuah syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Liew Kee Sin akan menguasai syarikat yang akan bergabung kelak.”

Bidas beliau, ini adalah sama seperti Air Asia yang dikuasai oleh Tan Sri Tony Fernandes iaitu kedua dua mereka adalah ahli perniagaan persendirian.
“Tiada kebaikan kepada rakyat, hanya membuatkan ahli perniagaan persendirian bertambah kaya.

“Eco World mempunyai hutang sebanyak RM3.6 Billion. Dengan pergabungan tersebut, UEM Sunrise akan mewarisi hutang yang banyak. Mengapa ini bukan bailout?” soalnya lagi.
Menerusi laporan media, AirAsia Group Bhd mendapat suntikan dana melalui pinjaman sebanyak RM1 bilion (AS$242 juta) daripada kerajaan bagi membantu syarikat penerbangan itu pulih dari kejatuhan disebabkan pandemik COVID-19.

Kementerian Kewangan (MoF) sebelum ini dalam beberapa laporan menyatakan tidak akan memberi bantuan kepada syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd.
Syarikat penerbangan itu, yang berhadapan dengan penurunan operasi serta kewangan sejak bencana udara berkembar pada 2014, menerima suntikan AS$1.5 bilion pada tahun itu untuk rancangan pemulihan lima tahun, tetapi setakat ini ditolak sebarang bantuan kewangan langsung dari kerajaan.

Laporan media menyebut bahawa Menteri Kewangan menegaskan kerajaan tidak akan campur tangan dalam pengendalian syarikat itu, sebaliknya Khazanah Nasional Bhd sebagai pemilik Malaysia Airlines harus memutuskan sendiri tindakan yang perlu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.