Rombakan Kecil Organisasi BN, Hishammuddin Bendahari – Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan satu rombakan kecil dalam kepimpinan BN iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik selaku Bendahari Agung BN yang baharu.

Katanya, rombakan ini dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN.

“Dengan ini saya telah melantik YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Bendahari Agung BN yang baharu. YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih kekal dan akan terus menjalankan tugas-tugas selaku Bendahari UMNO Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujarnya, rombakan kecil dalam kepimpinan BN ini dibuat setelah berunding dengan Presiden-Presiden Parti dalam komponen BN.

“BN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas segala jasa dan peranan beliau selaku Bendahari Agung BN.

“Tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya,” katanya lagi. – UMNO Online
[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2020/10/KENYATAAN-MEDIA-23-Okt.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.