BN Perlu Letakkan Suara Akar Umbi Di Peringkat Tinggi – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan keutamaan suara peringkat akar umbi di kedudukan tertinggi bagi memastikan gabungan politik itu terus relevan. Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata ia kerana nasib BN sebagai sebuah gabungan politik ditentukan oleh suara akar umbi. “Suara penyokong peringkat akar umbi perlu diberi keutamaan, akar umbi yang akan tentukan nasib […]

» Read more

Pendekatan Baru: Pak Long Mail Respon Soalan Netizen Setiap Kali Sidang Media COVID-19

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pandangan netizen banyak membantu beliau dalam membuat sebarang keputusan mahupun cadangan bagi menangani pandemik COVID-19. Oleh itu jelas beliau, setiap kali sidang media, beliau akan membaca beberapa komen terpilih dan soalan yang terpilih juga sekiranya bukan dalam bidang kuasa beliau, akan dibawa kepada kementerian yang berkaitan. […]

» Read more

Pembelajaran Dalam Talian: Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tambah Peruntukan Untuk Murid Tiada Akses

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pemuda UMNO  Malaysia hari ini mendesak agar kerajaan dapat menilai semula keperluan akses pembelajaran dalam talian dengan menyalurkan peruntukan tambahan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memastikan proses pembelajaran dalam talian berjalan lancar. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara berkenaan selaras dengan laporan media mengenai dapatan kajian KPM yang menunjukan 37% daripada lebih 4.7 juta […]

» Read more

Muafakat Nasional: UMNO-PAS Punya Sinergi Meyakinkan, Mesti Dioptimumkan – Khaled

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menekankan bahawa UMNO dan PAS mempunyai sinergi yang meyakinkan dan mesti dioptimumkan waktu ini. Jelasnya, dua parti ini adalah pendiri Muafakat Nasional (MN) dan diasaskan, maka kerjasama UMNO dan PAS adalah sangat utuh. “Keutamaan UMNO ialah kemenangan berganda dengan kerjasama PAS. Selebihnya, biar UMNO akan tentukan jalannya […]

» Read more

“Kita Mesti Ada Gabungan Parti, Tidak Boleh Berpecah Untuk Bentuk Kerajaan” – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 23 Nov – “Kita tak boleh mendabik dada bahawa kita boleh ‘stand alone’, kita mesti ada gabungan parti-parti baru kita boleh memerintah dan orang Melayu tidak boleh berpecah jika kita nak membentuk kerajaan,” tegas Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Ujarnya, dari segi realiti politik, Barisan Nasional (BN) masih lagi perlu mengharapkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak […]

» Read more

Musuh Sebenar Adalah Pakatan Harapan Terutama Dap – Armand

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azhar Abu Hanifah berkata musuh sebenar hari ini adalah Pakatan Harapan terutama Dap dan bukannya masing-masing menyerang antara satu dengan yang lain. Dengan mengambil pendekatan saling mengingati, beliau berpandangan tindakan menyerang (internal firing) di media sosial dan lapangan adalah satu perkara yang tidak baik untuk parti jika perkara […]

» Read more

Sidang DUN Terengganu Wajar Kembali Seperti Jadual Asal – Tengku Haphiz

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pemuda UMNO Terengganu memohon agar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu berjalan mengikut jadual asal tempoh persidangan Dun Kali Ketiga bagi penggal ini daripada 23 hingga 26 November supaya ianya dapat memberi ruang seluas-luasnya untuk setiap ahli – ahli berhormat menyampaikan pandangan masing-masing. Ketuanya Tengku Haphiz Tengku Putera berkata langkah berkenaan selaras dengan tamatnya […]

» Read more

Tindakan Pembangkang Keluar Dewan Sekadar Gimik Tanpa Sebarang Justifikasi – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melihat tindakan  ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang dari blok pembangkang, yang bertindak keluar Dewan membantah Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020 yang diluluskan dengan suara majoriti sekadar gimik politik. Menurut beliau apa yang dilakukan oleh blok pembangkang itu tanpa mempunyai sebarang justifikasi demi […]

» Read more

Penamatan PKPB Di Johor Rancakkan Kembali Ekonomi Tempatan – Syed Hussien

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Keputusan kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 21 November 2020 di negeri Johor merupakan satu keputusan yang menggembiran rakyat negeri berkenaan setelah terkesan dengan pandemic COVID-19. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kluang Syed Hussien Syed Abdullah berkata langkah tersebut juga memberi sinar harapan kepada peniaga-peniaga kecil dan langkah ini dapat memulihkan kembali ekonomi setempat […]

» Read more

Sidang DUN Pahang Catat Sejarah Kerjasama Erat BN Dan PAS – Sharkar

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang berakhir semalam memperlihatkan beberapa perkara yang cukup menarik antaranya pembentangan Belanjawan Pahang 2021 yang mengambil kira semua lapisan masyarakat, sektor ekonomi dan juga sektor pelancongan yang cukup terkesan ekoran penularan pandemik COVID-19. Menurut beliau belanjawan yang dibentangkan Menteri […]

» Read more
1 … 2,005 2,006 2,007 2,008 2,009 … 2,528