Penamatan PKPB Di Johor Rancakkan Kembali Ekonomi Tempatan – Syed Hussien

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Keputusan kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 21 November 2020 di negeri Johor merupakan satu keputusan yang menggembiran rakyat negeri berkenaan setelah terkesan dengan pandemic COVID-19.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kluang Syed Hussien Syed Abdullah berkata langkah tersebut juga memberi sinar harapan kepada peniaga-peniaga kecil dan langkah ini dapat memulihkan kembali ekonomi setempat menerusi pemerkasaan #EkonomiLokal.

‘’Petang semalam, Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan Pertahanan telah menyatakan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 21 November 2020 (iaitu hari ini) selepas keputusan yang telah diputuskan di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

‘’Kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh Datuk Haji Hasni Mohammad selaku Menteri Besar Johor telah memberi pandangan dan syor dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKNN) pada dua minggu yang lepas. Beliau mengesyorkan tiga perkara salah satunya yang penting buat rakyat Johor adalah  PKPB dilaksanakan secara bersasar iaitu dikawasan zon merah. Syor tersebut telah diangkat dan dibawa kepada MKN sebagai salah satu agenda yang segera harus dibincangkan.

‘’Manakala, saya dan rakan-rakan lain yang merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO di negeri Johor telah bersuara dan mendesak akan keputusan tersebut secara konsisten daripada tiga minggu yang lepas (ketika diumumkan) hinggalah sekarang. Alhamdulillah, keputusan semalam telah menggembirakan seluruh rakyat Johor, Saya berterima kasih kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni dapat merialisasikan hasrat 2.45 juta rakyat Johor,’’ katanya menerusi catatan di facebook.

Syed Hussien seterusnya berharap agar MKN mengambil ketetapan untuk mengutuskan akan syor yang kedua iaitu mengaktifkan semula Daily Commuting Arragement (DCA) agar rakyat Johor atau pilihan ketiga iaitu diturunkan tempoh kuarantin balik ke Malaysia daripada 14 hari ke 7 hari.

‘’Ini dapat meringankan beban para pekerja di Singapura dan kebanyakkannya merupakan anak hati Johor. Ini secara tidak langsung mampu menghidupkan kembali ekonomi di Bandar Johor Bahru terutama sekali di Larkin Sentral yang ketika ini semakin tenat.

‘’Saya juga mengambil kesempatan untuk bersolidariti bersama rakyat di Mersing dan Kota Tinggi, harap masyarakat di sana kekal patuhi SOP dan disilpin dengan norma baharu. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bantuan Baitulmal harus disegerakan agar dapat meringankan beban warga Kota Tinggi Dan Mersing.’’ Katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.