BN Perlu Letakkan Suara Akar Umbi Di Peringkat Tinggi – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan keutamaan suara peringkat akar umbi di kedudukan tertinggi bagi memastikan gabungan politik itu terus relevan.

Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata ia kerana nasib BN sebagai sebuah gabungan politik ditentukan oleh suara akar umbi.

“Suara penyokong peringkat akar umbi perlu diberi keutamaan, akar umbi yang akan tentukan nasib kita sebagai sebuah parti politik.

“Sekiranya kita menunjukkan kepimpinan, keikhlasan, kejujuran dalam apa yang kita lakukan dan buktikan pada rakyat, pada akhirnya rakyat akan tentukan jatuh bangun kita,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini malam tadi.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata mesyuarat yang berlangsung malam ini adalah mesyuarat biasa yang membincangkan pelbagai isu termasuk termasuk Belanjawan 2021 dan perkara dalaman parti.

“Antara yang dibincangkan termasuk sokongan pada bajet dan juga bagaimana kita mahu perkukuhkan Barisan Nasional …bagi kita BN masih lagi relevan dan akan terus relevan,” katanya. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.