Pendekatan Baru: Pak Long Mail Respon Soalan Netizen Setiap Kali Sidang Media COVID-19

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pandangan netizen banyak membantu beliau dalam membuat sebarang keputusan mahupun cadangan bagi menangani pandemik COVID-19.

Oleh itu jelas beliau, setiap kali sidang media, beliau akan membaca beberapa komen terpilih dan soalan yang terpilih juga sekiranya bukan dalam bidang kuasa beliau, akan dibawa kepada kementerian yang berkaitan.

“Setiap kali sidang media saya akan respon kepada soalan netizen. Netizen juga banyak membantu pihak saya dari segi melihat kepada SOP dan tindakan yang diumumkan.

“Terima kasih banyak… setiap kali PC (sidang media) saya akan jawab apa yang dibangkitkan oleh mereka,” ujar beliau dalam sidang media hari ini.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada ‘Pak Long’ kerana mendengar suara rakyat.

Bagi netizen, ruangan komen adalah platform terbaik untuk mereka bertanya soalan dan meluahkan pandangan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.