Musuh Sebenar Adalah Pakatan Harapan Terutama Dap – Armand

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azhar Abu Hanifah berkata musuh sebenar hari ini adalah Pakatan Harapan terutama Dap dan bukannya masing-masing menyerang antara satu dengan yang lain.

Dengan mengambil pendekatan saling mengingati, beliau berpandangan tindakan menyerang (internal firing) di media sosial dan lapangan adalah satu perkara yang tidak baik untuk parti jika perkara berkenaan berterusan serta berpanjangan.

‘’Saya lihat kebelakangan ini, kita sudah kembali mula serang sesama kita ( internal firing ) di sosial media dan dilapangan. bagi saya ini satu perkara yang tidak baik buat parti umno jika ini berterusan berpanjangan. Selaku pemimpin muda dalam UMNO , saya mengambil pendekatan utk mengingatkan antara satu sama lain musuh utama dan nyata kita iaitu Pakatan Harapan terutama Dap..

‘’Sudahkah kita lupa selama 22 bulan pakatan harapan jadi kerajaan apa yang kita lalui…bantuan rakyat dikurangkan, penjawat awam dikurangkan, subsidi rakyat ( nelayan, petani, peladang, mahasiswa serta mahasiswi, pelajar sekolah, tentera , polis, professional dan pelbagai lagi golongan) dikurangkan malah ada yang dimansuhkan, sudahkah kita lupa gerakan mereka diperingkat antarabangsa icerd, sudahkah kita lupa bantuan ‘ewallet’ RM30 dan banyak lagi,’’ katanya menerusi catatan di facebook.

Tambah beliau kini apabila serangan dalaman parti makin rancak tanpa disedari , ianya hanya akan merugikan parti.

‘’Rakyat kini sedang menilai parti kita. jika kita masih dengan budaya tidak sihat ini, pilihan raya umum akan datang  saya risau sekali lagi rakyat akan hukum kita. Allah swt berikan peluang kedua kepada kita agar perbaiki kelemahan parti kita, jika kita tidak bersyukur pada nikmat yang Allah swt berikan pada kita, saya risau Allah swt akan tarik nikmat yang diberikan..

‘’Saya dengan rendah diri mohon pada semua kepimpinan, ahli parti dan pendokong parti untuk hentikan serangan dalaman dan fokus pada musuh utama kita iaitu pakatan harapan,’’ ujarnya.- UMNO Online.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.