Hormati Institusi Presiden, Hentikan Desakan Tidak Bermanfaat Yang Melemahkan Parti – Wanita UMNO Selangor

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor, Datuk Rosni Sohar merasa amat kesal apabila membaca beberapa artikel, tulisan, paparan di media sosial kebelakangan ini oleh individu dan kumpulan yang meminta agar Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi meletakkan jawatan Presiden UMNO. Tegas Setiausaha Wanita UMNO Malaysia itu, perkara ini lebih tidak bermanfaat dan memberikan impak yang […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah Atas Pemergian Ketua Pemuda Beluran

KUALA LUMPUR, 27 Jan – UMNO, seluruh kepimpinan dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beluran, Mohd Fazli Zikiri yang meninggal dunia lebih kurang pukul 2.24 petang tadi. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu status di Facebooknya memaklumkan, Allahyarham sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perut beliau. “Mewakili […]

» Read more

Lanjutan Moratorium Bukannya Penstrukturan Dan Penjadualan Semula Pinjaman, Tegas Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar pihak Kementerian Kewangan serta Bank Negara dapat mengeluarkan arahan jelas kepada institusi kewangan bagaimana moratorium harus dilaksanakan. Tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, adalah tidak wajar bagi institusi kewangan mengaut sebarang keuntungan tambahan dalam bentuk apa-apa fi atau caj bunga ke atas baki pinjaman atas […]

» Read more

Pelaburan Asing Sebanyak RM109 Bilion… Projek Apa Dan Di Manakah Ia? Soal Zahida

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata baru-baru ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa pelaburan asing pada tahun 2020 adalah RM109 billion. Ulas Zahida yang teruja dengan angka tersebut membuktikan seolah-olah Malaysia hampir tidak terjejas oleh pandemik COVID-19 tetapi timbul persoalan apakah pelaburan-pelaburan yang masuk ke […]

» Read more

Fokus Kepada Pengukuhan Dan Penyatuan, Bukan Bertindak Melemahkan Parti – Wanita UMNO Kedah

ALOR SETAR, 27 Jan – Wanita UMNO Negeri Kedah menyeru kepada ahli-ahli UMNO khasnya Wanita UMNO Negeri Kedah supaya terus memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada Presiden parti. Kata Ketuanya, Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, UMNO adalah sebuah organisasi politik yang terbesar di Malaysia, teratur dan lengkap dari akar umbi sehinggalah kepada pucuk pimpinannya serta memiliki sistem pengurusan yang […]

» Read more

Usah Tergesa-Gesa Melonggarkan PKP – Shahrul Nasrun

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata rakyat Malaysia akan menjadi bimbang dan risau apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua ini dilonggarkan pada 4 Februari ini. Katanya, keputusan memberikan kelonggaran PKP ini seolah-olah tidak menunjukan kes COVID-19 ini berkurangan malahan semakin meningkat melebihi 2,000 kes sehari. “Tindakan pengumuman pelonggaran PKP tanggal 4 […]

» Read more

Jangan Termakan Hasutan Mahu Pecah-belahkan Parti, Petualang Tiada Tempat Di Dalam Parti – UMNO Jasin

JASIN, 27 Jan – UMNO Bahagian Jasin kecewa kerana ada di antara ahli parti yang masih lagi termakan dengan hasutan untuk memecah-belahkan institusi perjuangan UMNO dengan mendesak perletakan jawatan Presiden UMNO. Kata Ketuanya, Datuk Hasan Abd Rahman, tiada tempat untuk petualang kerana orang UMNO perlu beradab dan ada ketetapan hati dengan menjunjung konsep wala’. “UMNO Bahagian Jasin menyeru, sewajarnya pada […]

» Read more

Tolak Agenda Peribadi, Semua Pihak Perlu Bergerak Seiring Kukuhkan Parti

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa berpandangan waktu ini bukanlah masa yang sesuai untuk sebarang agenda kepentingan peribadi kerana parti perlu diperkukuhkan dan menjadi lebih utuh dalam persediaan menempuhi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bakal mendatang. Ketuanya, Roshan Zaki Othman berkata lebih menyedihkan apabila tindakan pemimpin-pemimpin bahagian ini akan lebih mencalarkan imej UMNO di mata dan […]

» Read more

Pemandu E-hailing Masih Terbeban… Komisen Terlalu Tinggi – Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap syarikat e-hailing dapat mendengar keluhan yang dihadapi oleh pemandu mereka yang terbeban dengan komisen sebanyak 20 peratus. Beliau berkata kadar komisen tersebut terlalu tinggi berbanding jumlah pendapatan pemandu e-hailing yang semakin berkurang impak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. “Kepada syarikat e-hailing, saya sekali lagi minta […]

» Read more

Jangan Terkurang Hormat Kepada Institusi Presiden – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru seluruh pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat untuk memperkukuh kekuatan parti dan mengutamakan perpaduan. Beliau berkata jangan sesekali membiarkan bibit perpecahan dalam parti berlaku kerana keadaan ini akan memberi peluang kepada lawan untuk meretakkan UMNO. “Jangan sesekali kita membuka ruang untuk persahabatan dan setiakawan dalam UMNO […]

» Read more
1 … 1,966 1,967 1,968 1,969 1,970 … 2,528