‘Swab Test’: ‘Tweet’ Ahli Parlimen Pembangkang Cuba Kelirukan Orang Ramai – Rizam

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail berpandangan ‘tweet’ Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berhubung keperluan ‘swab test’ kononnya melibatkan semua penyewa di kondominium seakan cuba mengelirukan orang ramai. Menurut beliau, perkara berkenaan tidak melibatkan polisi daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebaliknya bergantung kepada pengurusan […]

» Read more

Tidak Kira Apa Jua Keadaan, UMNO Akan Berusaha Salurkan Sumbangan Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Tanpa mengira apa jua keadaan, UMNO akan berusaha menyalurkan sumbangan bagi membantu rakyat, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sambil mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT, seterusnya Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata bagi pihak UMNO, parti sedaya upaya mahu membantu golongan yang memerlukan. “Baru-baru ini saya berkesempatan melepaskan […]

» Read more

Kerajaan Didesak Manfaatkan Ordinan Darurat, Arah Bank Lanjutkan Moratorium Tanpa Caj Tambahan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan agar memanfaatkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 sebagaimana yang telah dimasyhurkan untuk mengarahkan institusi kewangan memberikan moratorium secara automatik kepada kumpulan tertentu tanpa mengenakan sebarang caj tambahan ataupun keuntungan terakru. “Apa guna Proklamasi Darurat jika tidak dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat? “Apa guna Ordinan Darurat jika pihak-pihak tertentu dibiarkan mengambil […]

» Read more

Beradab Bila Berkata, Bertindak Biar Sekata… Bukan Jadi Enau Di Dalam Belukar – Azhari

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata tiada istilah lontar batu sembunyi tangan di dalam adat Melayu tetapi kata pujangga menekankan hendaklah beradab apabila berkata dan bertindak biar sekata, bertepatan dengan Melayu yang kaya budayanya. Katanya, tindakan pihak tertentu menggantung ‘banner’ atau kain rentang di tempat tertentu pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) […]

» Read more

Kematian Mohd Adib Perlu Pembelaan, Semoga Rayuan Bapa Allahyarham Disegerakan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Rayuan bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan didengar pada 28 Mei 2021. Sehubungan itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar segala usaha dan perjuangan ayah Allahyarham Muhammad Adib akan disegerakan. “Semoga segala usaha dan perjuangan ayah arwah wira negara ni dapat disegerakan kerana telah tertangguh sekian lama serta […]

» Read more

Hutang Kerajaan Boleh Diurus, Diselenggara… Sakit Hutang Rakyat Bawa Bencana

KERAJAAN: KUASA DARURAT DAN KUASA BELANJA Dua gambar berbicara. Rajah pertama: jumlah suntikan fiskal (perbelanjaan Kerajaan/Pemerintah ke dalam ekonomi – tak termasuk inisiatif lain seperti moratorium, pengeluaran wang persaraan dll). Malaysia rendah. Rajah kedua: pecahan kadar peningkatan hutang antara – isi rumah (rakyat), – syarikat/perusahaan, – Kerajaan/Pemerintah. Beberapa negara yang berani menambah hutang Kerajaan (hijau), lazimnya berjaya membantu mengawal peningkatan […]

» Read more

Azmin Harus Tampil Perjelas Kejatuhan Teruk FDI Malaysia Berbanding Negara ASEAN Lain

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meminta Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk segera tampil menjelaskan kepada rakyat tindakan segera Kerajaan bagi menangani kejatuhan teruk Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam negara. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, amat menyedihkan lagi mengecewakan, Malaysia yang satu ketika sentiasa […]

» Read more

Santuni Resmi Perjuangan UMNO, Prinsip Muafakat Demi Pembelaan Bangsa – Norliza

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim memohon agar ahli-ahli UMNO berilah sokongan pada parti dari tiang, alang hinggalah atapnya dan berhentilah membiakkan barah. Katanya, orang luar mungkin mahu melihat UMNO ini terkubur, maka janganlah kita yang di dalamnya pula yang sibuk menyiapkan kapan dan kerandanya kerana UMNO tidak sekali-kali akan terkubur. […]

» Read more

PdPR: Pelaksanaan Dan Keberkesanan

SESI persekolahan seluruh negara telah dibuka 20 Jan 2021. Bagaimanapun, peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa kerajaan mengubah sistem pendidikan yang konvensional secara bersemuka kepada Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) secara dalam talian. 2. Pendekatan PdPR ini dibuat dalam talian, luar talian atau secara off-site. Manakala kaedahnya sama ada menggunakan modul atau berasaskan projek. Para […]

» Read more

Pendirian Pemuda UMNO Pastikan Parti Tidak Berpecah – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO berpendirian tidak akan menyebelahi mana-mana pihak di dalam UMNO yang didakwa terbahagi kepada dua kem, sebaliknya akan memastikan parti politik utama di Malaysia itu tidak berpecah, kata ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Kita tidak berada di mana-mana kluster (kem) tetapi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, kita membuat penetapan kita sentiasa memastikan institusi […]

» Read more
1 … 1,965 1,966 1,967 1,968 1,969 … 2,528